CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 14, 2010

Man Vs Wild Bear Grylls review

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog.. mesti korang kenal kan siapa gerangan gambar di atas ni. Ha kalo korang nak tahu, ni lah aku.. Mohd Hairy. Hensem bukan?? *baik korang cakap hensem* ugut*

Hehe ok tak nak merepek panjang. Daripada aku merepek tak tentu hala baik aku makan kerepek lagi bagus. Perut pon kenyang kan. Agak-agak korang kerepek apa yang aku suka?? Ha jawab dalam next psot k hehe. Alamak merepek lagi

Ok, terus terang aku cakap, gambar kat atas ni bukan la aku. Tapi beliau ni memang dikenali ramai di dunia. Siapa yang tengok discovery channel tahulah beliau ni siapa. Beliau dikenali melalui rancangan Man Vs Wild, dan aku adalah salah seorang daripada fan beliau. Ok jom tengok gambar dulu.

agak kejam gak gambar ni

selamber dek je Bear ni makan ikan tu, mungkin sbb tu nama beliau Bear kot

Ha amacam?? Korang berani ke buat benda yang sama macam si Bear ni buat? Kalo aku, bile keadaan dah betul betul darurat kot baru aku boleh buat huhu. *Tak do dayo den do * huhu



Ok jom tengok profil ringkas Bear. Ok nama penuh beliau Edward Michael Grylls atau lebih dkenali sebagai Bear Grylls. Tak tahu kenapa orang panggil beliau Bear, mungkin sebab beliau ni dah macam beruang kot haha. Tapi sepanjang rancangan beliau yang aku tengok, beliau palng takut kalau berhadapan dengan beruang atau berada di dalam kawasan beruang. Dilahirkan pada 7 June 1974. Bear adalah seorang British adventurer, writer dan television presenter. Kagum tak? Hanya seorag selebriti TV tapi mampu melakukan ikhtiar hidup di kawasan yang liar dan terpencil.

Sebenarnya Bear pernah mendapat latihan dalam skuad khas tentera dan beliau telah menjadi chief squad termuda ketika berumur 35 tahun. Lebih kurang macam komando la. Beliau ni mmg expert. Kalo aku masuk hutan, lalu sebelah kayu balak, aku nampak kau balak jela, tapi kalo Bear kalau beliau tengok kayu balak, beliau nampak rakit. Aku memang kagum betul dengan Bear ni.

Kalo korang nak tahu, Bear adalah orang Britain termuda yang menawan Gunung Everest. Mase tu umur Bear baru 23. Muda kan?? Korang umur 23 dapat tawan apa?? Haha. Aku umur 23, gunung berlumut pon aku tak dapat tawan lagi. Yang dah tawan gunung Kinabalu tu, tahniah untuk korang.

Mungkin korang ada yang tak tahu pasal rancangan Man Vs Wild. Ok, rancangan ni adalah sebuah rancangan yang mengajar kita tentang cra untuk ikhtiar hidup dalam hutan kalo tersesat. Memang useful betul apa yang bear baeritahu dalam rancangan ni dan aku sangat sangat kagum dengan beliau. Ok jom tengok sikit pasal cite ni

http://www.youtube.com/watch?v=X-YsSINT75c

http://www.youtube.com/watch?v=4Tdlh4zlhjY



ok sampai sini je.. amacam ada macam man vs wild tak?? @_@


Monday, December 13, 2010

Slip Disc!!! Addoooyyaaii!!



Salam kepada semua pembaca blog =) ok hari ini aku akan review sikit pasal satu lagi penyakit yang biasanya atau berisiko kepada ahli sukan. Ok, penyakit yang akan aku review hari ini adalah tentang slip disc. Ok sebelum tu jom kite tengok dulu struktur tulang belakang manusia

Tulang belakang atau vertebrae merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang anatomi manusia yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Ia merupakan susunan ketulan tulang yang membentuk tulang belakang.

Tetibe teringat tentang subjek sains mase sekolah dulu tentang haiwan vertebrae dengan invetbrae haha ( ade kene mengene ke?? Huhu layan )

Terdapat tiga puluh tiga ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, ianya termasuk lima yang bergabung bagi membentuk sacrum manakala yang lain terpisah oleh ceper intervertebra dan empat tulang koksiks yang membentuk tulang ekor. Tiga kawasan atas terdiri dari baki 24 iaitu terdiri daripada kumpulan serviks (7 vertebra), toraks (12 vertebra) dan lumbar (5 vertebra).

Ok, kat sini aku nak beri peringatan sikit. Mungkin korang tak sedar yang korang sebenarnya dah kene slip disc sekarang, sebab ada beberapa kes, pesakit baru sedar bahawa mereka telah kena slip disc sejak sembilan tahun lalu. ( apa yang aku tulis ni?? Huhu harap korang faham =) )

Menurut Pakar Bedah Ortopedik di Hospital Pusrawi, Kolonel (Bersara) Dr. Azmi Abdul Latif, dalam kebanyakan kes, tiada sebarang tanda awal dikesan, sebaliknya hanya dapat dirasai selepas beberapa tahun. Seseorang itu katanya, mungkin betul-betul tidak sedar diska mereka mempunyai masalah sehinggalah cakera mula mengalami kesakitan.

*Ha takut tak? Takut tak? Baik cakap takut huhu

Fungsi diska adalah sebagai penggalas dan penstabil tulang belakang. Jadi bagaimana slip disc ni boleh berlaku? Jawapannya, apabila diska terkeluar dari kedudukan asal atau normal dalam tulang belakang dan saraf tulang belakang, lalu menekan urat saraf berhampiran.

Mesti korang blur kan diska tu ape?? Ke macam disc yang korang burn untuk buat assigmnet tu?? Ke bentuk die macam CDR-W tu?? Ok diska ni berbentuk bulat seakan-akan sekeping cakera serta lembut macam gel. Apabila diska ni pecah, diska akan bergerak ke belakang atau terkeluar dari kedudukan asal seterusnya menekan urat saraf tulang belakang dan pinggang.

* Walaupun aku tengah menulis, rase ngilu sakit oohh

Vertebrae kita ni, dipisahkan dari satu sama lain dan dilindungi oleh cakera-cakera. Cakera-cakera mengandungi satu lapisan dalam yang lembut dan satu lapisan luar yang keras. Kalau lapisan luar koyak, lapisan dalam lembut boleh keluar kebelakang dan menekan saraf-saraf tulang belakang. Ini boleh menyebabkan kesakitan teruk dan lemah anggota kaki. Diska pecah juga dipanggil herniated, ‘terjengul’ dan ‘membonjol’.OOUCHH!!

Korang jangan ingat diska pecah ni boleh jadi kat bahagian belakang je. Diska pecah juga boleh berlaku di bahagian tulang leher, sebab tulang leher pon adalah sebahagian daripada vetebrae. So jangan memain dengan tengkuk orang selambe je korang nak karate karate. Nanti tak pasal pasal disc diorang masuk cd player lain pulak. ( ha ha tak kelakar pon T_T )

Ok, menurut pakar bedah Dr Azmi tadi, melalui artikel yang aku baca, dua penyebab diska pecah yang biasa ialah terjatuh duduk dan mengangkat barang atau benda berat dengan cara tidak betul, tidak terkecuali kesan dari kemalangan yang berlaku.

* Ha agak2 korang, korang pernah tak jatuh terduduk?? Ha cube ingat balik?? Dah mula takut kan??


Diska pecah juga boleh disebabkan hakisan ekoran proses penuaan yang berlaku. Masalah diska pecah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengenal usia atau jantina. Di kalangan mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun, diska pecah dianggap gangguan yang biasa berlaku. Bagaimanapun ia boleh berlaku kepada mereka yang masih muda, juga kanak-kanak.

Golongan lelaki lebih mudah terdedah mengalami masalah tersebut berbanding wanita. Ok orang lelaki sila risau sekarang.

Kalo korang rase korang ada sakit belakang, baik terus jumpa doktor yang pakar dalam hal ni. Jangan biarkan sakit berlarutan. Korang juga tak digalakkan untuk pergi berurut. Mungkin ada orang yang percaya bahawa kaedah urut boleh menghilangkan sakit. Tapi bagi aku berjumpa doktor adalah langkah terbaik untuk mengesan gejala ni.

Sebab apa aku cakap camtu, sebab bile pergi hospital jumpa doktor, korang boleh buat MRI, buat imbasan utnuk lihat keadaan tulang belakang korang dan korang akan mendapat rawatan yang sesuai kat sana.

So kat bawah ni adalah sedikit ringkasan tentang penyakit ni.

Punca utama :

- Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.

- Melompat dari tempat yang tinggi.

- Terbabit dalam kemalangan jalan raya.

- Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.

Gejala :

- Sakit bahagian belakang pinggang.

- Sengal dan kebas punggung dan kaki.

- Lemah kaki.

- Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.

- Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Cara mengurangkan sakit belakang :

- Berehat. Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

- Mandi air suam. Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

- Menggunakan tilam yang sesuai. Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

- Ambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

- Relaks. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

- Gunakan kusyen. Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

- Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

- Mengangkat barang dengan cara yang betul. Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

- Kawal berat badan. Pastikan berat badan seimbang.

So harap info di atas dapat membantu korang dalam mengamalkan gaya hidup sihat =)

kt to: Roslah Othman - Utusan Melayu

Friday, December 10, 2010

HALA TUJU?


salam sejahtera.. terima kasih kepada anda yang masih mengikuti perkembangan blog ini.. dah lama x mengupdate blog.. ku sebenarnya sedang mencari cari hala tuju blog ini sejak ianya dibina.. mungkin ramai yang tidak tahu hala tuju blog cetusan inspirasi ini ditubuhkan..

pada awalnya blog ini ditubuhkan untuk berkongsi beberapa maklumat dengan mereka yang bergelar student / mahasiswa seperti ku, mungkin seperti maklumat assigmnet, info info berkenaan dengan subjek subjek yang ku ambil ketika ini.. tetapi lama kelamaan kandungan blog ini mungkin telah jauh menyimpang dengan hala tuju awalnya. oleh sebab itu ku telah berehat untuk jangka masa yang lama untuk menetapkan hala tuju baru blog ini.

mungkin lewat ini blog ku lebih menjurus kepada maklumat maklumat tentang sains sukan. mungkin kerana ianya lebih menjiwai diri ku. walaubagaimanapun ku masih belum menetapkan lagi hala tuju blog ini. di harapkan teman teman secetusan dapat memberikan idea tentang hala tuju blog ini. sekian, terima kasih =)

Thursday, December 9, 2010

Kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament)

KECEDERAAN ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan. Mekanismenya adalah berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba.

Dengan adanya penekanan kepada sukan dan aktiviti lasak atau ekstrem, terdapat peningkatan dalam insiden kecederaan yang berkait rapat dengan sukan, baik bagi pemain profesional mahupun yang bermain secara sosial.

Secara ringkasnya ligamen ACL adalah ligamen yang terletak di tengah-tengah sendi lutut dan ianya berfungsi sebagai penstabil statik untuk mengelakkan translasi sendi dan rotasi (pusingan) yang berlebihan.

Kecederaan berlaku kerana sewaktu ‘mendarat’ selepas melompat, kaki melekat di atas tanah dan lutut berpusing atau ‘rotate’ secara berlebihan menyebabkan ACL anda terkoyak.

Zaquan Adha mengalami kecederaan ACL baru baru ini

Koyakan ACL menghasilkan bunyi letupan ‘pop’. Lutut akan bengkak pada kebanyakan kes dan selalunya pesakit tidak dapat meneruskan aktiviti yang dijalankannya. Lazimnya imbasan sinar-X akan dilakukan untuk menentukan tiada kecederaan pada tulang.

Untuk kecederaan ACL pula, selalunya imbasan sinar-X lutut kelihatan normal dan kesan koyakan ACL adalah lebih jelas dilihat melalui pemeriksaan khusus seperti imbasan MRI (magnetic resonance imaging).

Selain MRI, perlu juga dipastikan tiada kecederaan lain seperti kecederaan kepada meniskus berlaku di dalam sendi lutut.

Ligamen ini (ACL) tiada potensi untuk pulih sendiri tanpa pembedahan di atas sebab-sebab tertentu, iaitu kedudukannya di dalam lutut yang mempunyai cecair synovial, jarak koyakan dan bentuk ligamen selepas terkoyak menyukarkannya untuk sembuh secara semula jadi.

Dalam sukan bola sepak, pergerakan ‘cutting’ juga tidak boleh dilakukan bagi seseorang yang mengalami kecederaan ligamen ACL.

Dalam jangka masa panjang, sendi lutut yang tidak stabil bakal merosakkan struktur rawan dan akan menjalani degenerasi (kemerosotan) lebih pantas lagi berbanding lutut yang normal.

Oleh itu, keadaan sendi lutut yang tidak stabil akan kekal sehinggalah pembedahan dilakukan ke atas ligamen ACL iaitu pembedahan rekonstruksi ACL secara Artroskopi (minimal invasive) menggunakan tendon di sekitar lutut seperti hamstrings atau bone-patella-bone tendon, tanpa mengganggu mekanik sendi lutut sekiranya digunakan.

Pembedahan rekonstruksi ACL amat disarankan jika ingin aktif bersukan semula dan bagi jangka masa panjang, pembedahan ini akan menstabilkan semula sendi lutut anda dan proses degenerasi atau kerosakan (penuaan) sendi lutut tidak akan dipercepatkan.

Jangkaan masa untuk kembali bersukan sepenuhnya secara normal adalah hanya enam bulan selepas pembedahan dan hanya selepas tiga bulan untuk membolehkan anda menjalankan latihan joging.

Jangka masa ini juga bergantung kepada tahap anda melakukan rehabilitasi dan fisioterapi mengikut saranan pakar ortopedik anda.

Rawatan

* Peringkat awal: Bagi pemain yang disyaki mengalami kecederaan ACL, hendaklah dikeluarkan segera dari permainan dan tuaman ais digunakan ke atas lutut yang cedera dan bahagian kaki ditinggikan untuk mengurangkan bengkak yang berterusan.

Balutan sementara boleh digunakan dan tidak terlalu ketat dan anduh atau tongkat boleh digunakan bagi memudahkan pesakit berjalan semula.

Sekiranya bengkak keterlaluan, pembedahan kecil mengeluarkan cecair/darah dari lutut adalah perlu untuk mengurangkan kesakitan dan kerosakan berterusan kepada lutut berkenaan, selain memperbaiki pergerakan lutut.

* Peringkat pertengahan: Penggunaan ais boleh diteruskan dalam sela masa yang sesuai dan pendakap lutut boleh digunakan bagi memberikan kestabilan sementara kepada lutut. Penggunaan ais dan pendakap adalah sekurang-kurangnya selama enam minggu.

Dalam masa yang sama otot-otot paha hendaklah dikuatkan melalui fisioterapi dan julat pergerakan lutut diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan pada lutut.

* Peringkat lanjutan: Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL secara artroskopik menggunakan ligamen autocantuman/autograft (Arthroscopic ACL Reconstruction). Pembedahan ini lazimnya akan memakan masa satu hingga satu setengah jam melibatkan rekonstruksi atau pembinaan semula gantian kepada ACL menggunakan ligamen autograft atau ligamen lain sekitar lutut pesakit.

Ligamen-ligamen yang paling lazim digunakan adalah ligamen patela (tempurung lutut) bersama-sama tulang atau ligamen hamstring (otot belakang paha) tanpa tulang. Rekonstruksi boleh dilakukan secara satu urat atau dua urat dan kesesuaiannya adalah bergantung kepada tahap kecederaan pesakit dan faktor-faktor tertentu.

Friday, November 19, 2010

KECEDERAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. hmm nak post apa ye untuk hari ni.. cuma nak berkongsi beberapa perkara dengan kalian =) baru2 ini, ku telah mengalami beberapa kecederaan semasa bermain bola iaitu sukan kegemaran ku.. kecederaan ini telah memaksa ku berehat panjang daripada bermain.. walaubagaimanapon ku tidak tahan melihat teman2 sepermainan bermain lalu ku telah melanggar arahan rehat itu.. malang sudah berbau.. ku telah mengalami kecederaan yang agak teruk..

PUNCA KECEDERAAN SUKAN

Apabila bersukan,seseorang itu berpotensi untuk memperolehi kecederaan jika tidak mengambil langkah -langkah untuk mengelakkan kecederaan. Punca kecederaan yang pertama ialah pakaian yang digunakan.Seseorang haruslah menggunakan pakaian yang sesuai berdasarkan sukan yang ingin dimainkan.Kedua,peralatan sukan haruslah peralatan yang betul agar ianaya tidak menyebabkan ke cederaan.Peraturan permainan juga memainkan peranan dalam meminimakan kecederaan sukan,oleh itu,patuhilah perturan sesuatu sukan agar kita tidak memperolehi kecederaan.

KECEDERAAN DALAMAN

Kecederaan dalaman merupakan satu kecederaan yang amat sukar sekali
pulih dan boleh menyebabkan seseorang untuk tidak bersukan pada jangka tempoh waktu tertentu bergantung terhadap tahap kecederaan yang telah dihadapi.

KEJANG OTOT

Seseorang yang menghadapi kekejangan otot akan mengalami ketegangan
otot dan kesakitan yang menycuk -nyucuk secara mengejut terutamanya di bahagian kaki.Apabila bahagian tersebut menjadi kejang,otot yang terlibat akan mengeras jika disentuh.Kekejangan otot ini berlaku secara tiba -tiba dan ini disebabkan o
tot yang lesu,tiada aktivi pemanasan badan,kekurangan oksigen darah ke otot dan paras glukosa yang rendah dalam badan.Seseorang itu boleh mencegah daripada mendapat kekejangan otot dengan meminum air banyak,memakan makanan yang tinggi karbohidrat dan melakukan aktiviti pemanasan ataupun regangan terhadap otot yang bermasalah.

Suhaifi tengah cramp

OTOT KOYAK

Otot yang koyak melibatkan bebrapa bahagian serabut otot atau fiber otot terputus sama sekali.Seseorang yang ototnya koyak akan meras sangat sakit di bahagian otot dan boleh menyebabkan seseorang itu untuk berhenti bermain. Tanda-tanda otot yang koyak ialah terdapat tanda -tanda lebam dan bengkak.Bagi otot yang terkoyak,seseorang akan dapat merasakan bahawa otot yang terlibat tadi sudah terputus

Tackle yang bahaya boleh menyebabkan koyak pada otot

KECEDERAAN TENDON

Tendon merupakan penyambung terhadap otot kepada tulang dan kecederaan
terhadap tendon akan menyebabkan bengkak sakit dan anggota tidak dapat berfungsi dengan baik. Tendon yang selalu meng
alami kecedraan ialah di paha,lutut,keting kaki dan di bahu.

KECEDERAAN LIGAMEN

Ligamen merupakan penyambung dna penyokong di antara tulang di dalam sendi badan kita.Ianya member kestabilan sendi dan juga mengawal regangan serta pergerakan sendi.Apabila pergerakan sendi melebihi fasanya,kemungkinan tisu ligament akan terkoya

KECEDERAAN RAWAN

Kecederaan rawan sering berlaku kerana beban yang berl ebihan terhadap sendi lutut dalam pergerakan dan rempuhan yang berulang kali seperti dalam permainan bola sepak,hoki dan rugby.Kecederaan rawan putih muniskus merupakan salah satu contoh kecederaan rawan

SAKIT KAKI

Sakit kaki adalah disebabkan oleh kekej angan otot,vena bermasalah ,arteri berpenyakit dan kerosakan saraf.Kesakitan kaki diikuti rasa kebas dan rasa menyucuk - nyucuk dan ianya menjalar kepada punggung atau pinggang dan turun pada kaki.Sakit kaki boleh dibendung dengan berehat secukupnya,beurut,re ndam kaki pada air panas dan kawal
pemakanan seperti tidak mengambil alkohol.

FRAKTUR(RETAK ATAU PATAH TULANG)

Fraktur boleh terjadi atas beberapa sebab antaranya ialah tendangan,hentakan atau pukulan yang kuat.Tisu yang berdekatan otot,saraf,pembuluh darah juga turut terlibat cedera.Fraktur juga boleh menyebabkan pendarahan yang banyak jika pembuluh darah terkoyak.Apabila fraktur berlaku,seseorang merasa sakit apabila bergerak dan nadi menjadi
terhad.Tanda fraktur ialah kawasan yang terlibat akan berubah bentuknya dan kadangkala tulang akan terjojol keluar malah kulit mungkin koyak dan pendarahan berlaku. terdapat dua jenis fraktur iaitu fraktur terbuka dan fraktur tertutup.

TULANG BELAKANG

Kecederaan boleh berlaku pada mana -mana bahagian tulang belakang samada di bahagian rawan atau ligament.Kecederaan ini adalah disebabkan oleh aktiviti angkat berat,gimnastik,berlari,melontar lembing,cekera dan lontar peluru.Apabila membongkok atau bergerak,terasa sakit di bahagian belakang dan juga apabila disentuh dan dipicit.

KECEDERAAN SISTEM PENDARAHAN

Berlaku apabila penggunaan peralatan sukan yang tajam dan sukan yang ada sentuhan antara pemain.Ini melibatkan koyakan kulit seperti melecet,tergores dan tertikam malah menyebabkan pendarahan.Simptom kecederaan ini ialah pening kepala dan sakit

KECEDERAAN SISTEM PERNAFASAN

Kecederaan terhadap bahagian ini akan menyebabkan pengambilan oksigen terjejas dan pengeluaran co2 dari badan.Ianya disebabkan oleh hentakan,tumbukan atau tikaman semasa bersukan.







Monday, September 6, 2010

perkongsian Ramadhan



salam ramdahan.. salam ukhwah =)
ini adalah post yang pertama sejak hampir setahun lama ku tidak mengpost apa apa di dalam blog ini.. maaf kepada teman teman terutama sekali follower folower yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini.. apa khabar teman2 di sana, harap baik hendaknya..
sempena bulan Ramadhan ini, ku ingin menceritakan tentang malam Lailatulqadar..

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

sumber: http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis2.html