CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 27, 2009

kecederaan di bahagian hamstring


salam sejahtera kepada semua pembaca.. pertama sekali ku ingin meminta maaf kerana telah lama ku tidak mengupdatekan blog ini.. sudah bersawang rasenye.. bukan apa.. ku tiada masa untuk mengupdatekannya kerana sibuk dengan aktiviti.. ku juga sedang berfikir untuk membuat post2 yang berguna kepada anda semua.. post yang boleh memberi input kepada anda.. acely kali ini ku ingin menceritakan kecedaraan terbaru yang ku alami ketika bermain bola sepak baru2 ini.. seperti sebelum ini ku telah cedera di bahagian kekura kaki tapi kali ini ku telah mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian hamstring.. maaf kerana ku tidak dapat membantu pasukan ku baru2 ini selama 90 minit di atas padang dan pasukan ku hanya mampu seri sahaja.. walaubagaimanapun pujian harus ku berikan kepada rakan2 ku kerana team yang menjadi lawanku pada hari tersebut adalah salah sebuah kelab bola sepak yang ternama di daerah johor bahru ini..

tanpa membuang masa ku ingin menceritakan sedikit apa yang telah berlaku.. 2 hari sebelum perlawanan ku turun lewat ke latihan bola sepak kerana baru pulang dari latihan keroncong.. badan pon menjadi agak lesu.. ketika turun coach ku telah menjalankan satu ujian kecergasan dan di situlah ku telah melalui satu situasi yang amat pedih sekali apabila otot hamstring ku telah tercedera.. ketika hari perlawanan ku masih tetap mahu bermain dan akibatnya.. hamstring ku telah cedera teruk mungkin ku terpaksa berehat seminggu daripada latihan..

Kita sering mendengarnya dan membacanya apakala menonton dan membaca berita-berita sukan. Malahan, kecederaan hamstring ini sering sahaja menghantui pemain-pemain bola sepak dunia.Tapi apakah kita benar-benar mengetahui hal berkaitan hamstring ini? Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang hamstring:

1. Hamstring sebenarnya merupakan 3 otot utama yang mengunjur dari bahagian pelvis (pinggang) manusia lalu merentasi sendi lutut sehingga berakhir sama ada di tulang fibula (tulang keting) mahupun di tulang tibia (belakang keting) bergantung kepada jenis otot yang tiga itu.

2. Otot hamstring berfungsi untuk menahan kaki yang memijak tanah ketika seseorang pemain itu sedang memecut dan dalam masa yang sama menganjalkan pergerakan pinggang supaya kaki yang satu lagi dapat maju ke hadapan.

3. Kecederaan jenis ini selalunya berlaku apabila pemain memaksimumkan penggunaan otot hamstring dan mencapai kepanjangan otot pada tahap yang melebihi daripada batasan kerjanya.

4. Umur lanjut mampu mempengaruhi kekuatan otot hamstring. Semakin tua pemain, semakin mudah dia mendapat kecederaan hamstring.

5. Gerrard pernah beberapa kali mengalami kecederaan hamstring yang sama. Jadi, ini bemakna pemain yang pernah mengalami kecederaan jenis ini berisiko amat tinggi untuk mengalami kecederaan yang sama pada masa akan datang.


6. Dinilai sebagai tahap yang serius, koyakan pada otot hamstring juga boleh berlaku. Ini boleh terjadi kerana daya otot pemain ke suatu arah ditentang oleh daya yang lebih kuat seperti permukaan padang atau daya dari pemain lawan ketika terjahan. Tentangan ini boleh menyebabkan koyakan pada tisu otot.

7. Seorang atlet gimnastik lebih berisiko rendah untuk mengalami kecederaan jenis ini berbanding pemain bola sepak kerana atlet ini mempunyai daya regangan otot semulajadi yang amat tinggi.

8. Kecederaan ini kadang-kala akan meliputi lebih daripada satu otot hamstring. Jadi, jika satu otot hamstring ini mengalami kecederaan, 2 otot lagi berisiko mengalami kecederaan yang sama.


9. Pemain yang masih keletihan dan belum mempunyai tahap kecergasan yang jitu berkemungkinan besar untuk mendapat kecederaan hamstring kerana keletihan sering mengundang kepada kesilapan otak untuk menentukan daya otot yang harus diambil kira ketika berlari.

jadi itulah yang telah terjadi kepada diri ku.. diharap rakan2 semua dapat mendoakan semoga kaki ku cepat sembuh dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.. ku rasa sampai cni sahaja post kali ini.. terima kasih kerana sudi membaca =)

Sumber: http://orthopedics.about.com
http://www.sportsinjuryclinic.net

Monday, July 13, 2009

kursus kepimpinan JPP zon selatan


hoye hoye hoye.. salam sejahtera semua.. ok.. post kali ni ku nak citekan sket tentang kursus JPP yang telah berlangsung pada 3,4,5 July yang lalu.. kursus ni telah dijalankan di COCO Bay Condo Port Dickson.. pada mulanya.. ku agak keberatan juga nak pergi ke kursus ni.. kerana kursus ini telah menganggu masa hujung minggu ku untuk ku bermanja-manja dengan katil dan bantal-bantalku sekalian.. almaklumla.. dah lama x berehat.. tapi nak x nak ku pergi jua la.. ( mcm lirik lagu la pulak )..

bila sampai je di coco bay.. hati ku makin meruntun-runtun mahu pulang ke kampus.. yela mane taknye.. ingatkan duduk di condo yang dahsyat.. tp condo yang ku pergi ni mcm x serupa condo je.. tp xpe kite mesti pegang dengan konsep bersyukur.. dengan berbekalkan jiwa yang kental ku turuti jua kemahuan saudara-saudara se JPP ku.. hari pertama berlalu dengan agak perlahan untuk ku.. ku rasakan bahawa.. sesi LDK lebih kurg sama sahaja.. mcm masuk kelas vocal AF pula.. menyanyi menyanyi dan menyanyi.. tp xpe.. ku mmg suke nyanyi.. so layannn..



hari kedua pula bermulalah satu lembaran baru untuk ku.. tanpa ku sedari ada sesuatu yang akan mencuit hatiku pada hari ini.. pada mulanya aktiviti senaman pagi.. ku terhibur dengan gelagat Faris iaitu exco sukan IPGM kampus Raja Melewar dengan senaman pagi beliau.. cukup menghiburkan.. then ku mendengar ceramah daripada Tn Hj Othman kaunselor kampus ku sendiri.. ceramah beliau telah hampir-hampir menitiskan air mataku.. tp kene kontrol beb.. xkan la pengerusi biro sukan nak nanges huhu.. ceramah beliau benar-benar menyentuh perasaan.. untuk ayah dan mak di rumah.. ku benar benar SAYANG KAMU!!


kemudian kami telah bergerak untuk menjalani aktivit kembara adat di negeri Sembilan.. di sini lah ku mula mengenali teman-teman dari IPGM yang lain.. walaupon pada mulanya semua agak malu-malu.. tapi kami berjaya tunjukkan kebolehan kami ketika malam persembahan.. thanx guys.. kepada Cupin.. exco sukan Kampus Tun Hussein Onn.. ku suke tagline kau!!! hahaha xboleh tahan!!!!... ku akan ingat smpai ku jadi cekgu esok haha.. begitu juga dengan teman-teman yang lain dan dari kumpulan lain, malam persembahan RAWKKSS!!!


esoknya hari pulang.. terdetik rasa kesal di hati, bila mana ku hanya sempat mengenali teman-teman dalam masa yang singkat.. sebelum pulang kami bertukar-tukar pandangan, no fon, ambil gambar bersama.. ku akan kenang kamu semua sampai bila-bila.. semoga kita akan berjumpa lagi,, masa yang akan menentukannya.. thanx guys- IPGM kampus Temenggong Ibrahim, kampus Tun Hussein Onn, Kampus Perempuan Melayu, Kampus Raja Melewar.. kudos to my JPP Bitara.. Lau, Jo, Yumi, Cupin, Adi, Huda, Zarina, Ita, Nabila, Chombi, Zulaikha, Asha, Ira, Solehah, Izzat, Hanafi, Isa, Chau Tek, Devi Wong, Ai Sin.. yang lain-lain x sebut nama tu maaflah.. ramai sangat susah nak ingat huhu.. walaupapepon korang mmg best =)

kat bawah ni ade lirik lagu.. lirik je la.. korang nyanyi sendiri la hehe

Lirik Pergi - Aizat (OST Talentime)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


=)

Friday, July 10, 2009

buah hati baru!!

ahah berjumpa lagi kita di post ku yang seterusnya.. harap2 kawan2 yang membaca post ku ini sehat sejahtera hendaknya.. arini ku xnak bebel banyak sangat.. post kali ni ku nak introduce kepada kawan2 semua tentang buah hati baru ku.. ia sangat cantik!! berkulit putih melepak.. pinggangnya ramping.. boleh dikatakan antara model-model yang hot jugak la dalam dunia ni.. dah lama ku berkenan dengan dia ni.. cume dia je x pandang ku.. tapi arini akhirnya ku berjaya jugak dapatkannya.. semenjak arini kami sgt bahagia bersama.. kepada buah hatiku yang lain.. korg jangan risau.. ku masih sayang korg lagi =) kita akan tetap bersama dan tinggal dalam sebuah keluarga bahagia hehe.. ha sekarang lihatlah buah hati terbaruku taraaaa




hehe ku perkenalkan nama beliau adidas F50.. kaum kerabat beliau pernah dipakai oleh nama-nama ternama dalam bola sepak dunia seperti, messi, podolski dan villa.. dan sekarang beliau adalah salah satu darinya yang berada di kakiku =)