hoye hoye hoye.. salam sejahtera semua.. ok.. post kali ni ku nak citekan sket tentang kursus JPP yang telah berlangsung pada 3,4,5 July yang lalu.. kursus ni telah dijalankan di COCO Bay Condo Port Dickson.. pada mulanya.. ku agak keberatan juga nak pergi ke kursus ni.. kerana kursus ini telah menganggu masa hujung minggu ku untuk ku bermanja-manja dengan katil dan bantal-bantalku sekalian.. almaklumla.. dah lama x berehat.. tapi nak x nak ku pergi jua la.. ( mcm lirik lagu la pulak )..
bila sampai je di coco bay.. hati ku makin meruntun-runtun mahu pulang ke kampus.. yela mane taknye.. ingatkan duduk di condo yang dahsyat.. tp condo yang ku pergi ni mcm x serupa condo je.. tp xpe kite mesti pegang dengan konsep bersyukur.. dengan berbekalkan jiwa yang kental ku turuti jua kemahuan saudara-saudara se JPP ku.. hari pertama berlalu dengan agak perlahan untuk ku.. ku rasakan bahawa.. sesi LDK lebih kurg sama sahaja.. mcm masuk kelas vocal AF pula.. menyanyi menyanyi dan menyanyi.. tp xpe.. ku mmg suke nyanyi.. so layannn..
hari kedua pula bermulalah satu lembaran baru untuk ku.. tanpa ku sedari ada sesuatu yang akan mencuit hatiku pada hari ini.. pada mulanya aktiviti senaman pagi.. ku terhibur dengan gelagat Faris iaitu exco sukan IPGM kampus Raja Melewar dengan senaman pagi beliau.. cukup menghiburkan.. then ku mendengar ceramah daripada Tn Hj Othman kaunselor kampus ku sendiri.. ceramah beliau telah hampir-hampir menitiskan air mataku.. tp kene kontrol beb.. xkan la pengerusi biro sukan nak nanges huhu.. ceramah beliau benar-benar menyentuh perasaan.. untuk ayah dan mak di rumah.. ku benar benar SAYANG KAMU!!
kemudian kami telah bergerak untuk menjalani aktivit kembara adat di negeri Sembilan.. di sini lah ku mula mengenali teman-teman dari IPGM yang lain.. walaupon pada mulanya semua agak malu-malu.. tapi kami berjaya tunjukkan kebolehan kami ketika malam persembahan.. thanx guys.. kepada Cupin.. exco sukan Kampus Tun Hussein Onn.. ku suke tagline kau!!! hahaha xboleh tahan!!!!... ku akan ingat smpai ku jadi cekgu esok haha.. begitu juga dengan teman-teman yang lain dan dari kumpulan lain, malam persembahan RAWKKSS!!!
esoknya hari pulang.. terdetik rasa kesal di hati, bila mana ku hanya sempat mengenali teman-teman dalam masa yang singkat.. sebelum pulang kami bertukar-tukar pandangan, no fon, ambil gambar bersama.. ku akan kenang kamu semua sampai bila-bila.. semoga kita akan berjumpa lagi,, masa yang akan menentukannya.. thanx guys- IPGM kampus Temenggong Ibrahim, kampus Tun Hussein Onn, Kampus Perempuan Melayu, Kampus Raja Melewar.. kudos to my JPP Bitara.. Lau, Jo, Yumi, Cupin, Adi, Huda, Zarina, Ita, Nabila, Chombi, Zulaikha, Asha, Ira, Solehah, Izzat, Hanafi, Isa, Chau Tek, Devi Wong, Ai Sin.. yang lain-lain x sebut nama tu maaflah.. ramai sangat susah nak ingat huhu.. walaupapepon korang mmg best =)
kat bawah ni ade lirik lagu.. lirik je la.. korang nyanyi sendiri la hehe
Lirik Pergi - Aizat (OST Talentime)
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
=)
6 cetusan pandangan:
wah bile pegi?asal aku tak tau pon...hahahaa...best lagu pergi tu...sesuai gitu..terus berkhidmat dengan ikhlas dan dedikasi..
hehe.. tula cikgu padi.. u asyik sibuk je ngan anak2 murid u.. i u abaikan.. sob sob sob
baguih2..
come back wif 'something' ryte??
keep up d good work uncle!! =)
ala...mane de i abai u punye...huhu..kasih ku bahagi seadil-adilnya
sorry 4 late...yaya,miss those few days so much...but 4got 2 take a pict wit u... ^.^
Sob2.. tergt zaman mude2 dlu d mktab... heee awat x buat ledang.. best tau...
Post a Comment