CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 27, 2009

kecederaan di bahagian hamstring


salam sejahtera kepada semua pembaca.. pertama sekali ku ingin meminta maaf kerana telah lama ku tidak mengupdatekan blog ini.. sudah bersawang rasenye.. bukan apa.. ku tiada masa untuk mengupdatekannya kerana sibuk dengan aktiviti.. ku juga sedang berfikir untuk membuat post2 yang berguna kepada anda semua.. post yang boleh memberi input kepada anda.. acely kali ini ku ingin menceritakan kecedaraan terbaru yang ku alami ketika bermain bola sepak baru2 ini.. seperti sebelum ini ku telah cedera di bahagian kekura kaki tapi kali ini ku telah mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian hamstring.. maaf kerana ku tidak dapat membantu pasukan ku baru2 ini selama 90 minit di atas padang dan pasukan ku hanya mampu seri sahaja.. walaubagaimanapun pujian harus ku berikan kepada rakan2 ku kerana team yang menjadi lawanku pada hari tersebut adalah salah sebuah kelab bola sepak yang ternama di daerah johor bahru ini..

tanpa membuang masa ku ingin menceritakan sedikit apa yang telah berlaku.. 2 hari sebelum perlawanan ku turun lewat ke latihan bola sepak kerana baru pulang dari latihan keroncong.. badan pon menjadi agak lesu.. ketika turun coach ku telah menjalankan satu ujian kecergasan dan di situlah ku telah melalui satu situasi yang amat pedih sekali apabila otot hamstring ku telah tercedera.. ketika hari perlawanan ku masih tetap mahu bermain dan akibatnya.. hamstring ku telah cedera teruk mungkin ku terpaksa berehat seminggu daripada latihan..

Kita sering mendengarnya dan membacanya apakala menonton dan membaca berita-berita sukan. Malahan, kecederaan hamstring ini sering sahaja menghantui pemain-pemain bola sepak dunia.Tapi apakah kita benar-benar mengetahui hal berkaitan hamstring ini? Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang hamstring:

1. Hamstring sebenarnya merupakan 3 otot utama yang mengunjur dari bahagian pelvis (pinggang) manusia lalu merentasi sendi lutut sehingga berakhir sama ada di tulang fibula (tulang keting) mahupun di tulang tibia (belakang keting) bergantung kepada jenis otot yang tiga itu.

2. Otot hamstring berfungsi untuk menahan kaki yang memijak tanah ketika seseorang pemain itu sedang memecut dan dalam masa yang sama menganjalkan pergerakan pinggang supaya kaki yang satu lagi dapat maju ke hadapan.

3. Kecederaan jenis ini selalunya berlaku apabila pemain memaksimumkan penggunaan otot hamstring dan mencapai kepanjangan otot pada tahap yang melebihi daripada batasan kerjanya.

4. Umur lanjut mampu mempengaruhi kekuatan otot hamstring. Semakin tua pemain, semakin mudah dia mendapat kecederaan hamstring.

5. Gerrard pernah beberapa kali mengalami kecederaan hamstring yang sama. Jadi, ini bemakna pemain yang pernah mengalami kecederaan jenis ini berisiko amat tinggi untuk mengalami kecederaan yang sama pada masa akan datang.


6. Dinilai sebagai tahap yang serius, koyakan pada otot hamstring juga boleh berlaku. Ini boleh terjadi kerana daya otot pemain ke suatu arah ditentang oleh daya yang lebih kuat seperti permukaan padang atau daya dari pemain lawan ketika terjahan. Tentangan ini boleh menyebabkan koyakan pada tisu otot.

7. Seorang atlet gimnastik lebih berisiko rendah untuk mengalami kecederaan jenis ini berbanding pemain bola sepak kerana atlet ini mempunyai daya regangan otot semulajadi yang amat tinggi.

8. Kecederaan ini kadang-kala akan meliputi lebih daripada satu otot hamstring. Jadi, jika satu otot hamstring ini mengalami kecederaan, 2 otot lagi berisiko mengalami kecederaan yang sama.


9. Pemain yang masih keletihan dan belum mempunyai tahap kecergasan yang jitu berkemungkinan besar untuk mendapat kecederaan hamstring kerana keletihan sering mengundang kepada kesilapan otak untuk menentukan daya otot yang harus diambil kira ketika berlari.

jadi itulah yang telah terjadi kepada diri ku.. diharap rakan2 semua dapat mendoakan semoga kaki ku cepat sembuh dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.. ku rasa sampai cni sahaja post kali ini.. terima kasih kerana sudi membaca =)

Sumber: http://orthopedics.about.com
http://www.sportsinjuryclinic.net

3 cetusan pandangan:

树婆婆 said...

take care~~don't push yourself too much...

'Cikgu Padi' said...

emm...saba la ek...biase la tu, kate pemain harapan....semoga cpt sembuh..

hafizah jasemi said...

so,,adik ni yg x men bola,,tp sakit kt bhagian situ gak,,hamstring gak ke?huhu