Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. hmm nak post apa ye untuk hari ni.. cuma nak berkongsi beberapa perkara dengan kalian =) baru2 ini, ku telah mengalami beberapa kecederaan semasa bermain bola iaitu sukan kegemaran ku.. kecederaan ini telah memaksa ku berehat panjang daripada bermain.. walaubagaimanapon ku tidak tahan melihat teman2 sepermainan bermain lalu ku telah melanggar arahan rehat itu.. malang sudah berbau.. ku telah mengalami kecederaan yang agak teruk..
PUNCA KECEDERAAN SUKAN
Apabila bersukan,seseorang itu berpotensi untuk memperolehi kecederaan jika tidak mengambil langkah -langkah untuk mengelakkan kecederaan. Punca kecederaan yang pertama ialah pakaian yang digunakan.Seseorang haruslah menggunakan pakaian yang sesuai berdasarkan sukan yang ingin dimainkan.Kedua,peralatan sukan haruslah peralatan yang betul agar ianaya tidak menyebabkan ke cederaan.Peraturan permainan juga memainkan peranan dalam meminimakan kecederaan sukan,oleh itu,patuhilah perturan sesuatu sukan agar kita tidak memperolehi kecederaan.
KECEDERAAN DALAMAN
Kecederaan dalaman merupakan satu kecederaan yang amat sukar sekali
pulih dan boleh menyebabkan seseorang untuk tidak bersukan pada jangka tempoh waktu tertentu bergantung terhadap tahap kecederaan yang telah dihadapi.
KEJANG OTOT
Seseorang yang menghadapi kekejangan otot akan mengalami ketegangan
otot dan kesakitan yang menycuk -nyucuk secara mengejut terutamanya di bahagian kaki.Apabila bahagian tersebut menjadi kejang,otot yang terlibat akan mengeras jika disentuh.Kekejangan otot ini berlaku secara tiba -tiba dan ini disebabkan otot yang lesu,tiada aktivi pemanasan badan,kekurangan oksigen darah ke otot dan paras glukosa yang rendah dalam badan.Seseorang itu boleh mencegah daripada mendapat kekejangan otot dengan meminum air banyak,memakan makanan yang tinggi karbohidrat dan melakukan aktiviti pemanasan ataupun regangan terhadap otot yang bermasalah.
OTOT KOYAK
Otot yang koyak melibatkan bebrapa bahagian serabut otot atau fiber otot terputus sama sekali.Seseorang yang ototnya koyak akan meras sangat sakit di bahagian otot dan boleh menyebabkan seseorang itu untuk berhenti bermain. Tanda-tanda otot yang koyak ialah terdapat tanda -tanda lebam dan bengkak.Bagi otot yang terkoyak,seseorang akan dapat merasakan bahawa otot yang terlibat tadi sudah terputus
KECEDERAAN TENDON
Tendon merupakan penyambung terhadap otot kepada tulang dan kecederaan
terhadap tendon akan menyebabkan bengkak sakit dan anggota tidak dapat berfungsi dengan baik. Tendon yang selalu mengalami kecedraan ialah di paha,lutut,keting kaki dan di bahu.
KECEDERAAN LIGAMEN
Ligamen merupakan penyambung dna penyokong di antara tulang di dalam sendi badan kita.Ianya member kestabilan sendi dan juga mengawal regangan serta pergerakan sendi.Apabila pergerakan sendi melebihi fasanya,kemungkinan tisu ligament akan terkoya
Kecederaan rawan sering berlaku kerana beban yang berl ebihan terhadap sendi lutut dalam pergerakan dan rempuhan yang berulang kali seperti dalam permainan bola sepak,hoki dan rugby.Kecederaan rawan putih muniskus merupakan salah satu contoh kecederaan rawan
SAKIT KAKI
Sakit kaki adalah disebabkan oleh kekej angan otot,vena bermasalah ,arteri berpenyakit dan kerosakan saraf.Kesakitan kaki diikuti rasa kebas dan rasa menyucuk - nyucuk dan ianya menjalar kepada punggung atau pinggang dan turun pada kaki.Sakit kaki boleh dibendung dengan berehat secukupnya,beurut,re ndam kaki pada air panas dan kawal
pemakanan seperti tidak mengambil alkohol.
FRAKTUR(RETAK ATAU PATAH TULANG)
Fraktur boleh terjadi atas beberapa sebab antaranya ialah tendangan,hentakan atau pukulan yang kuat.Tisu yang berdekatan otot,saraf,pembuluh darah juga turut terlibat cedera.Fraktur juga boleh menyebabkan pendarahan yang banyak jika pembuluh darah terkoyak.Apabila fraktur berlaku,seseorang merasa sakit apabila bergerak dan nadi menjadi
terhad.Tanda fraktur ialah kawasan yang terlibat akan berubah bentuknya dan kadangkala tulang akan terjojol keluar malah kulit mungkin koyak dan pendarahan berlaku. terdapat dua jenis fraktur iaitu fraktur terbuka dan fraktur tertutup.
TULANG BELAKANG
Kecederaan boleh berlaku pada mana -mana bahagian tulang belakang samada di bahagian rawan atau ligament.Kecederaan ini adalah disebabkan oleh aktiviti angkat berat,gimnastik,berlari,melontar lembing,cekera dan lontar peluru.Apabila membongkok atau bergerak,terasa sakit di bahagian belakang dan juga apabila disentuh dan dipicit.
KECEDERAAN SISTEM PENDARAHAN
Berlaku apabila penggunaan peralatan sukan yang tajam dan sukan yang ada sentuhan antara pemain.Ini melibatkan koyakan kulit seperti melecet,tergores dan tertikam malah menyebabkan pendarahan.Simptom kecederaan ini ialah pening kepala dan sakit
KECEDERAAN SISTEM PERNAFASAN
Kecederaan terhadap bahagian ini akan menyebabkan pengambilan oksigen terjejas dan pengeluaran co2 dari badan.Ianya disebabkan oleh hentakan,tumbukan atau tikaman semasa bersukan.
1 cetusan pandangan:
berhati hati la semasa bermain,hahahaha
Post a Comment