salam bicara.. hari ini ku rasa amat panas sekali.. panasnya menggigit-gigit kulit yang sememangnya sudah hitam di mamah mentari.. lalu ku bukakan jendela bilikku dan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup.. walaupun asrama ku terletak bersebelahan dengan sebatang hiway yang amatlah sibuk.. namun fikiran ku kosong.. tenang.. lalu ku layan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup manyapa tubuhku.. keteguk air minerul jenama bleu yang baru ku beli di kedai Aki untuk membasahkan tekakku yang agak kering.. perasaannya seperti terjun ke dalam air terjun niagra.. ahh sejuknya.. kemudian ku mengelamun lagi.. besok adalah hari pperiksaan.. tetapi ku tiada mood untuk menstadikan diri.. adakah ini bermakna ilmu ku sudah penuh di dada?? atau adakah aku semakin malas??.. aku buntu.. tiada jawapan yang mampu kuberikan.. bayu masih menyapa tubhku dengan lembut dan gentle.. adakah angin cuba menyampaikan sesuatu kepada ku?? bak kata lirik lagu.. " angin kau nyanyikan lagu.. ntuk permataku lalalala~~" masih terngiang2 lagi lagu itu di telingaku.. sangat syahdu.. aku masih memikirkan adakah orang lain pon berperasaan seperti ku juga?? aku tidak mengerti.. kenapa perasaan ini hadir di kala waktu-waktu begini.. tapi ku suka.. kerana ianya membuatkan ku tenang dan damai.. ku lihat jam di tangan.. menunjukkan 3.00 p.m.. ku terhenti dari lamunan.. dan kucuba tabahkan diri menghadapi segala yang berlaku.. ku perlu sabar.. sabar menanti.. ianya pasti akan tiba jua.. tunggulah.. satu hari nanti ku pasti PULANG..
Monday, May 25, 2009
mahu pulang...
dicetuskan oleh mohd hairy pada jam 2:52 PM 5 cetusan pandangan
Sunday, May 24, 2009
Faktor yang mengukuhkan sifat sabar
i. Mengenali hakikat hidup di dunia
Manusia kerap hilang kesabarannya kerana salah fahaman tentang hakikat hidup. Dunia ini bukan sebuah syurga yang penuh nikmat dan kekal, tetapi sebuah tempat Allah menguji manusia sebelum manusia ditempatkan ditempat yang kekal iaitu syurga. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.”
Surah Al-Balad : Ayat 4
Jelaslah bahawa jika kita sedar dunia ini tempat ujian. Maka kita kenalah bersabar bila kita ditimpa kesusuhan.
ii. Mengenali Diri
Jika kita mengenali diri kita adalah milik Allah dan apa yang ada pada kita adalah anugerah Allah yang sementara. Maka apa juga yang berlaku pada kita dan harta benda kita akan mudah dilalui dengan sabar. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, Maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, Maka Hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.”
Surah An Nahl : Ayat 53
Jika kekayaan dan kuasa yang ada pada kita hilang, maka sebenarnya kita tidak perlu risau kerana Allah yang memberinya dan ia telah mengambil kembali. Dengan itu terbentuklah rasa sabar dan menginsafi diri.
iii. Menyakini Ganjaran Di Sisi Allah
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu”. orang-orang yang berbuat baik di dunia Ini memperoleh kebaikan. dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
Surah Az Zumar : Ayat 10
Mereka yang yakin bahawa Allah akan memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang sabar dan akan terus dapat membina rasa sabar.
iv. Yakin Kepada Pertolongan Allah
Orang yang beriman hendaklah yakin akan tiba pertolongan Allah juga. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
“Oleh itu tetapkan kepercayaanmu, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
Surah Al Insyiraah : Ayat 6
Dengan menyakini pertolongan Allah akan membolehkan kita membina kesabaran di hati.
v. Memohon Pertolongan Allah
Mohonlah pertolongan Allah untuk bersabar dan untuk mengatasi kesusahan dan ujian Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menjadikan kita bersabar dan berjaya menghadapi ujiannya. Dan Allah telah berjanji untuk memberi kemenangan kepada mereka yang bersabar.
vi. Mencontohi Orang Yang Bersabar
Menghayati kisah orang-orang yang diuji oleh Allah dengan ujian yang besar akan menjadikan kita lebih bersabar menghadapi ujian Allah S.W.T.
vii. Menjauhi Penyakit Penghalang Sabar
Antara penghalang kepada sifat sabar ialah :
a) Gopoh dan tergesa-gesa. Firman Allah yang bermaksud ;
“Manusia Telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.”
Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 37
b) Marah. Sifat marah menyebabkan manusia hilang sabar, pertimbangan, gelisah dan membawa kepada kekecewaan.
c) Terlampau sedih.
d) Putus asa.
dicetuskan oleh mohd hairy pada jam 11:32 PM 2 cetusan pandangan
Saturday, May 23, 2009
Kenapa Perlu Bersukan
salam bicara..
arini aku dok dalam bilik.. xda mood nak pergi mana2.. tambah2 plak hari ni hujan.. aku pon dengan kemalasan yang berganda2 hanya dok melepak depan lappy ni melayan perasaan aku jauh x tau dah smpai ke mana dah.. sampai terlupa sepatutnya aktiviti aku setiap petang turun main bola.. bila jam kat tangan aku ni menunjukkan pukul 6 25 p.m terus aku melupakan hasrat aku nak turun pada waktu ini.. lantas merajinkan diri aku untuk menaipkan wadah bicara ini untuk tatapan semua..
sahabat-sahabat sekalian..
bila menceritakan tentang sukan atau riadah pada waktu petang ni.. aku teringat tentang life aku dr sekolah sampai la skrang.. asal waktu petang je kompom muka aku kat padang.. antara game2 feveret aku mase sekolah dulu, bola sepak, bola tampar and ragbi.. mmg ptg2 xkan miss punye la.. paling syok skali mase main bola ngan member2 mase kat skolah dulu.. kami ada satu padang yang kami panggil padang lisbon haha.. acely padang tu padang budak puteri sekolah aku riadah tp memandangkan budak puteri skolah aku ni agak "menjaga kecantikan padang" (jangan marah ye bebudak puteri) huhu, aku n member2 pon belasah la main kat padang tu dengan seronoknya.. kenapa ianya dipanggil padang lisbon?? sebab mase tu ngah hangat tengok euro haha acely padang puteri sekolah aku ni lebih cntik dr padang utama sebab dia rata, n kalo nak kontrol bola mmg best ah.. tu cite kat skolah.. bila naik matrik.. aku amik keputusan nak undur diri dlm bidang sukan (konon la), tapi tak tahan beb.. satu sem je aku leh bertahan.. 2nd sem aku teruskan kegiatan aku balik bermain bola sepak. nak kata main bola xda kelebihan silap la.. aku mula dikenali oleh kawan2 di matrik lepas aku join diorg main bola.. rupa2nya aku antara yang bole main la kat ctu.. ingatkan aku ni jenis ayam je huhu.. diorg agak respek la kat aku.. then bile aku masuk IPG plak.. samela.. aku ingat nak undur diri dr bola sepak, tp x bole jgk.. akhirnya aku jadi player kampus n skrang dah jadi kapten pasukan dah..
tu hanya cerita je.. bukan bertujuan nak bangga diri ke apa.. atau menunjukkan aku ni kuat ke, fit ke gagah ke.. tidak sama sekali.. cuma nak menceritakan betapa cintanya aku pada bidang sukan.. jika kita tengok pada agama Islam itu sendiri pun, Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh pada seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan ..
kat sini aku selitkan satu firman Allah yang bermaksud: “Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah”.
jadi apa yang Allah nak dalam firman ni? Apabila seseorang Muslim itu sihat ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang di amanahkan kepada nya oleh Allah SWT serta tanggungjawab lain yang di amanahkan oleh manusia lain kepada nya. jadi bagi aku, setiap orang tu ada bakat dan potensi masing-masing. jadi mmg sangat haruslah mereka kembangkan bakat dan potensi mereka tetapi dengan syarat iaitu mengikut syariat Islam. so kat cni kite tau la kan yang bersukan atau beriadah ni adalah satu Ibadah yang dapat menjadikan badan kita sihat, dan bile kita sihat kita dapat memikul tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT jika ia dilakukan mengikut syariat.
ada kata pepatah yang mengatakan:
' akal yang sihat bermula dari badan yang sihat'
bila badan seseorang tu sihat, ianya akan menjadikan akal seseorang itu juga sihat.. sebenarnya aku x paham prinsip budak2 zaman sekarang ni.. bila exam sume org duduk dalam bilik.. berbeza mase aku kat sekolah dulu.. bile time exam je.. semua pakat turun padang ramai2.. terutamanya geng2 bola aku la.. kadang2 tu smpai kene hambat ngan warden sbb main kat tempat parking kereta depan asrama termasuklah aku haha.. bagi aku bile kite bersukan automatik badan dan akal fikiran terus jadi cergas.. bila akal sihat badan cergas nak study pon xda masalah.. itu bagi aku la..ade orang ckp main nanti letih xleh stadi.. tapi bagi aku bila petang x main.. malam nanti badan jadi lesuu je.. penat huhu..
so aku nak menyeru kat kawan-kawan yang baca blog ni.. jom la kite pakat turun padang ramai-ramai. banyak aktiviti yang kite boleh buat.. x kesahla samada korang nak men keja-keja ke.. polis sentri ke, satu lagi aku menyeru kepada semua la.. cubela sume permainan yang ada kat kampus ni.. bila lagi nak cuba kalo x kat cni btol x? esok kalo dah jadi cikgu kompom dok kat umah je ptg2.. lame jadi bolat.. pastu obes huhu.. so as rakyat Malaysia kite sepatutnya jadi rakyat yang produktif kepada negara, so kalo nak jadi rakyat yang produktif kenela sihat, dan bile nak sihat kenela bersukan.. sihat xkan dtg dengan sendiri, melainkan kita yang jaga kesihatan kita
so kat sini aku senaraikan kenapa kita perlu bersukan?
Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
- Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
- Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
- Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
- Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
- Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
- Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
dicetuskan oleh mohd hairy pada jam 6:28 PM 9 cetusan pandangan
Bagai Puteri DI Kayangan
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci
Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi
Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya
Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati
p/s: thanx to amar =)
dicetuskan oleh mohd hairy pada jam 1:43 PM 0 cetusan pandangan
Tuesday, May 19, 2009
malam malamku yang sunyi
hening dari bunyi-bunyian
sepi kaku dan dingin
bulan tua mengintip dari jendela kaca
bulan di tengah malam..
ia nampak begitu dingin dan fana..
tiba-tiba angin mendesir
sepi meninggi..
aku tertegun..
suara hati mulai penuhi fikiran
galaukan semua harap terhampar
panggil nama sang kekasih hati
yang kini bertakhta dalam kalbu
tapi..untuk saat ini ku menanti
masa dimana ku jumpa dengannya
tuk peluknya ku berharap
genggam hatinya tuk ucapkan
“AKU SAYANG MANIS SEKARANG DAN SELAMANYA”
dicetuskan oleh mohd hairy pada jam 11:30 PM 2 cetusan pandangan
Saturday, May 2, 2009
Soutul Jihad vs Inspirasi
This is my previous beloved nasyeed group- Soutul Jihad
This is my new nasyeed group-inspirasi
dicetuskan oleh mohd hairy pada jam 3:15 PM 4 cetusan pandangan
Pendidikan Luar
ok guys.. post kali ni nak citekan sket tentang program PL yang dijalankan di Pulau Sibu pada 21 smpai 26 hb April 2009 yang lalu.. apa yang aku boleh cakap program ni sangat sangat sangat menyeronokkan!! huhu.. dalam program ni.. aku banyak belajar benda-benda baru.. bukan belajar pasal absailing, kayak tu sume. Benda-benda ni memang la ada dalam silibus.. tapi yang aku nak highlight kan kat cni, aku banyak belajar benda-benda hidden yang ada dalam PL. aku belajar cara pengurusan team, belajar meraikan tetamu, belajar nilai-nilai kesopanan banyak la benda lagi. banyak nak senaraikan ni termasuklah belajar menjadi seorang manusia yang matang dari segi pemikiran dan sebagainya Umur pon dah 22 tahun, kenela belajar jadi matang huhu. Opsyen lain mesti slalu fikir, best sangat ke PL?? so untuk kawan2 aku yang membaca post ni, yang berlinan opsyen, aku nak bgtau sket.. PL kita x sama.. PL untuk PJ's student berbeza ngan opsyen lain. sangat challenging.
so aku nak cite sket ape aktiviti yang kami buat selama 6 hari kat Pulau Sibu. ok, kat sana kami ada absailing, kayak, rescue kayak n ekspidisi, orienteering, camp craft, snorkeling, kembara and yang paling challenging dalam idop aku ialah solo camp ataupun ikhtiar hidup. Nama pon solo camp kompom la sorang2 kan huhu. Terus terang cakap aku ni mmg x suke tempat yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Tapi malam tu nak xnak kene la masuk, tapi aku still maintain cool walaupun dalam hati debar, cool kene ada. Kalo aku gelabah cmne nak idopkan api sob sob sob
Alhamdulillah la sebab aku bole survive malam tu. Tapi aku rase aku x perform well kot, mungkin sebab baru first time jmp keadaan mcm tu. Keesokan harinya waktu siang, aku datang balik tempat aku tido malam tu.. MasyaAllah kecik nye huhu.. kecik rupenye tempat aku.. tp bile malam semua jadi besar, semua jadi jauh huhu
aku sedang berdiri di atas gerbang camp yang sgt cantik
so kat cni aku nak ucapkan thanx to all my classmate.. u'll rock hehe.. walaupon ade la bebrapa orang yang spoil kan team tp xpe.. thanx atas kerjasama yang korang berikan, team spirit yang korang tunjukkan aku sangat-sangat appreciate.. hope pasni kite semua leh perform well lagi.. kepada yang spoil kan team.. sedarlah.. don't act like u r the perfectionist.. we're in one team.. u should think for the performance of the team, not ur individual performance ok.. belajar la banyak lagi, teruskan berfikir, kurangkan main, serius dalam kerja ok.. thanx sekali lagi, i love u all!!
dicetuskan oleh mohd hairy pada jam 2:58 PM 5 cetusan pandangan