salam bicara..
arini aku dok dalam bilik.. xda mood nak pergi mana2.. tambah2 plak hari ni hujan.. aku pon dengan kemalasan yang berganda2 hanya dok melepak depan lappy ni melayan perasaan aku jauh x tau dah smpai ke mana dah.. sampai terlupa sepatutnya aktiviti aku setiap petang turun main bola.. bila jam kat tangan aku ni menunjukkan pukul 6 25 p.m terus aku melupakan hasrat aku nak turun pada waktu ini.. lantas merajinkan diri aku untuk menaipkan wadah bicara ini untuk tatapan semua..
sahabat-sahabat sekalian..
bila menceritakan tentang sukan atau riadah pada waktu petang ni.. aku teringat tentang life aku dr sekolah sampai la skrang.. asal waktu petang je kompom muka aku kat padang.. antara game2 feveret aku mase sekolah dulu, bola sepak, bola tampar and ragbi.. mmg ptg2 xkan miss punye la.. paling syok skali mase main bola ngan member2 mase kat skolah dulu.. kami ada satu padang yang kami panggil padang lisbon haha.. acely padang tu padang budak puteri sekolah aku riadah tp memandangkan budak puteri skolah aku ni agak "menjaga kecantikan padang" (jangan marah ye bebudak puteri) huhu, aku n member2 pon belasah la main kat padang tu dengan seronoknya.. kenapa ianya dipanggil padang lisbon?? sebab mase tu ngah hangat tengok euro haha acely padang puteri sekolah aku ni lebih cntik dr padang utama sebab dia rata, n kalo nak kontrol bola mmg best ah.. tu cite kat skolah.. bila naik matrik.. aku amik keputusan nak undur diri dlm bidang sukan (konon la), tapi tak tahan beb.. satu sem je aku leh bertahan.. 2nd sem aku teruskan kegiatan aku balik bermain bola sepak. nak kata main bola xda kelebihan silap la.. aku mula dikenali oleh kawan2 di matrik lepas aku join diorg main bola.. rupa2nya aku antara yang bole main la kat ctu.. ingatkan aku ni jenis ayam je huhu.. diorg agak respek la kat aku.. then bile aku masuk IPG plak.. samela.. aku ingat nak undur diri dr bola sepak, tp x bole jgk.. akhirnya aku jadi player kampus n skrang dah jadi kapten pasukan dah..
tu hanya cerita je.. bukan bertujuan nak bangga diri ke apa.. atau menunjukkan aku ni kuat ke, fit ke gagah ke.. tidak sama sekali.. cuma nak menceritakan betapa cintanya aku pada bidang sukan.. jika kita tengok pada agama Islam itu sendiri pun, Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh pada seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan ..
kat sini aku selitkan satu firman Allah yang bermaksud: “Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah”.
jadi apa yang Allah nak dalam firman ni? Apabila seseorang Muslim itu sihat ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang di amanahkan kepada nya oleh Allah SWT serta tanggungjawab lain yang di amanahkan oleh manusia lain kepada nya. jadi bagi aku, setiap orang tu ada bakat dan potensi masing-masing. jadi mmg sangat haruslah mereka kembangkan bakat dan potensi mereka tetapi dengan syarat iaitu mengikut syariat Islam. so kat cni kite tau la kan yang bersukan atau beriadah ni adalah satu Ibadah yang dapat menjadikan badan kita sihat, dan bile kita sihat kita dapat memikul tanggungjawab yang diberikan oleh Allah SWT jika ia dilakukan mengikut syariat.
ada kata pepatah yang mengatakan:
' akal yang sihat bermula dari badan yang sihat'
bila badan seseorang tu sihat, ianya akan menjadikan akal seseorang itu juga sihat.. sebenarnya aku x paham prinsip budak2 zaman sekarang ni.. bila exam sume org duduk dalam bilik.. berbeza mase aku kat sekolah dulu.. bile time exam je.. semua pakat turun padang ramai2.. terutamanya geng2 bola aku la.. kadang2 tu smpai kene hambat ngan warden sbb main kat tempat parking kereta depan asrama termasuklah aku haha.. bagi aku bile kite bersukan automatik badan dan akal fikiran terus jadi cergas.. bila akal sihat badan cergas nak study pon xda masalah.. itu bagi aku la..ade orang ckp main nanti letih xleh stadi.. tapi bagi aku bila petang x main.. malam nanti badan jadi lesuu je.. penat huhu..
so aku nak menyeru kat kawan-kawan yang baca blog ni.. jom la kite pakat turun padang ramai-ramai. banyak aktiviti yang kite boleh buat.. x kesahla samada korang nak men keja-keja ke.. polis sentri ke, satu lagi aku menyeru kepada semua la.. cubela sume permainan yang ada kat kampus ni.. bila lagi nak cuba kalo x kat cni btol x? esok kalo dah jadi cikgu kompom dok kat umah je ptg2.. lame jadi bolat.. pastu obes huhu.. so as rakyat Malaysia kite sepatutnya jadi rakyat yang produktif kepada negara, so kalo nak jadi rakyat yang produktif kenela sihat, dan bile nak sihat kenela bersukan.. sihat xkan dtg dengan sendiri, melainkan kita yang jaga kesihatan kita
so kat sini aku senaraikan kenapa kita perlu bersukan?
Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
- Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
- Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
- Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
- Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
- Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
- Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
9 cetusan pandangan:
rajin tol ko menulis...bout dia post, ko mmg sesuai ngan perkataan sukan tu sendiri...tgk gaya n badan pon org le agakk...all de best..
thanx padi.. kalo bole nak martabatkan sukan di sekolah,, nak lahirkan ramai atlit untuk negara.. insyaAllah =)
majulah sukan untuk negara!
haha
goodluck rumate! :)
kepten ye ko fungsat. memang betullah cikgu redha lantik ko dulu.
hehe to mohd syazwan a.k.a rumate.. thanx.. hope kite jumpa lagi pasni.. sayang la aritu x dpt jumpe korang huhu sedey sedy..
to apun a.k.a my beloved FUNGSAT!! haha tulaa dah ko xnak men bola mase tu. cikgu redza bagi r kat aku haha ko asyik nulih cerpen jek.. sampe skrng dak siap2 lagi =P
btol kalau petang xtrun rasa mcm xsihat tp sekarang aku tgh build up team hoki ipti nak bawa p pesta hoki usm..harap2 tercapai...
ooo lagu tu ka?? harap harap hang berjaya noh yum.. xpa.. join la apa2 aktiviti sukan pon.. janji kita buat yang terbaik untuk diri and kepuasan kita.. good luck bro!!
dude, pdg dak pu3 tu porto ke lisbon? confuse..
haha aku pon lupe laa.. kalo x silap lisbon la jung..
Post a Comment