CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 17, 2009

10 cara mengatasi tekanan hidup


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yangsesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan- rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya
tips ini ditujukan untuk mereka-mereka yang mengalami tekanan kerja seperti aku huhuhu

Sunday, March 8, 2009

donate blood

hai hai hai.. salam.. ok dalam post kali ni aku nak ceritakan sket pengalaman menderma darah ni hehe.. ok tahun ni kali kedua aku menderma darah dalam program yang dianjurkan oleh JPP IPGM kampus temenggong Ibrahim ni.. mula2 masa nak derma agak xcited la kan.. kalo bole tu sume borang aku nak isi haha.. smpai borang derma organ pon aku nak isi huhu.. bile aku dah isi borang.. aku pun Q la untuk buat pemeriksaan darah dulu.. so mase aku ngah tggu turn tu dah rase mcm masuk AF plak hehe.. sebab ade peringkat2 yg perlu penderma lalui sebelum smpai ke tempat menderma darah.. so kat situ aku bole nampak beberapa org penderma terkandas di peringkat yang ada tu.. ade penderma tu peringkat pertama dah ersingkir dah huhu sebab darah cair la apela huhu x paham aku.. kene tye dak medic... then ade penderma tu plak dah berjaya dah lepas peringkat pertama tp kandas peringkat kedua sebab x cukup berat haha.. mcm2 gelagat aku tgk.. dah mcm audition AF plak hehe.. so mase turn aku plak.. takda pape masalah la.. yela org PJ sehat walafiat.. darah sume ok hehe.. so nak jdikan cerita aku ni berdarah O.. bak kate Nabil org berdarah O adalah ketua kampung hahaha... kalo nak tau kene tengok Raja Lawak Nabil la hehe..

muka konfiden menderma haha

mase mula2 kene cucuk dengan jarum tu seram jugak la huhu.. sebab jarum die besar.. bile jarum die masuk rase sakit ckit tp ckitttt je sakitnye.. bile die tarik jarum tu klua.. hoh terkejut gak aku tengok lubang nak klua darah tu besa haha.. then nurse tu masukkan salur aliran darah tu kat tangan aku yg dah berlubang tu hehe.. seronok beb derma.. korg pasni jgn r takut2 nak menderma.. insyaAllah x mati punye.. kalo bole aku nak derma 2 paket darah tp nurse tu ckp.. "byk cantik muka ko dik" haha.. padan muka aku.. hmm k la rasenye sampai ni je kot post ni.. tggu next post.. daaa

Wednesday, February 18, 2009

Serumpun Budaya Blok C

salam semua.. acely nak ucapkan terima kasih kat sume org yang menjayakan malam serumpun budaya blok C.. tak kisah la samaada mereka yang menganjurkan dan audien yang dtg memenuhkan majlis pada malam itu.. aku rase bangga sangat sebab blok C dapat menunjukkan bahawa penduduk2 blok C sgt rapat dalam pertalian.. thanx to ajk tertinggi.. dan orang2 kuat di sebalik program ni.. Padi, Roy, Junaidi, Hasif, dan lain2 lagi.. tanpa mereka malam serumpun budaya ini tidak akan menjadi kenyataan.

.am, aku ngan qawem kat malam serumpun budaya

and aku nak bgtau jugak kepada mereka yang tak dtg tengok.. sangat rugi la sape yg x datang, sebab pesembahan malam tu memang best2.. so harap lepas ni kepada mane2 blok yang nak buat malam mcm blok c diharap blok lain jugak beri support supaya diorg dapat buat yang terbaik bagi memeriahkan kampus kite ni.. so thanx to everyone.. hope lepas ni kite jmp lagi di majlis yang lain k., salam


Saturday, February 7, 2009

Keletihan..

hmm.. xtau nak taip ape.. tp yg pastinya.. kehidupan aku setiap hari amat meletihkan..
sangat memenatkan apabila time table aku sem ni sgt padat..
tiap2 hari kelas abes pukul 430 ptg.. then 530 sambung trainin bola sampai pukul 700..
xda masa nak berehat.. bile malam fikir pasal assigment atau homework..
tggal hujung mggu je la waktu nak berehat sepuas-puasnya dlm bilik huhu..
itupun kalo xda emergency call dr lecturer..
lepas ni kemungkinan pulak setiap sabtu ada kelas Pendidkan Luar.. satu hari penuh huhu..
nampak gaya tggal hari ahad je la huhu...
nasib badan...
sabo je la hairy.. name pon student kene tabah.. chaiyok chaiyok!!
hmm k lah sampai cni je nak bebel.. nanti aku post lagi..
takecare u guys out there.. salam

Monday, January 26, 2009

UNTUKMU PALESTIN

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin http://i279.photobucket.com/albums/kk137/alfarizi86/add%20on/free_palestine.png

Monday, January 19, 2009

fuhh sem 3!!

fuh!!! gile r sem ni..
diam x diam dah sem 3 dah aku kat IPTI..
tp sem ni aku rase tanggungjawab aku sgt besar..
skrng diorg dah lantik aku jadi pengerusi untuk Pendidikan Luar..
aduh penin kepala aku nak settle kan bnd ni..
tp xpe.. aku akan try buat yg terbaik..
try utk tonjolkan kualiti aku sbg leader..
and lagi satu yg dahsyat tentang sem3.. mase belaja aku sgt pack!!!
stat 7.30 pg habes 4.30 ptg..
pastu gi trainin bola smpai kol7
lesunyeee..
ape nak buatkan.. name pon student..
mase ni la nak lanyak badan kite abes-abesan..
t dah tua mane nak dpt bnd2 ni lagi..
ok la aku rase pon dah xda ape nak bebel dah..
badan pon dah letih..
tggu next post k..
http://jerusalem-gate.netfirms.com/store/nfoscomm/catalog/images/palestine-flag-tshirt.jpg
sebelum terlupa.. utk kawan2 aku yg beragama Islam..
mari same2 doakan utk saudara kita di Palestin..
semoga Bumi Palestin kembali jadi milik orang Islam..
InsyaAllah..
ALLAHUAKBAR!!!!

Monday, January 12, 2009

broadband oh broadband..

salam semua.. hmmpphh.. xtau nak tulis ape.. tp yang pastinya aku sgt kecewa dengan wimax ni.. khabarnye terpantas di Johor Bahru.. tapi... susah nak dpt liputan.. so to all my frenz out there.. bukan aku x update blog.. tp.. masalah susah nak dapat wireless kat cni..
TENSIOONNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!! ARRRGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!