CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 24, 2008

Tentang Dia


" Dinikahi wanita itu kerana empat perkara:
Kerana Hartanya, Keturunannya,Kecantikannya
dan juga Agamanya, maka pilihlah Agamanya
nescaya, beruntunglah kedua-dua tanganmu"

Riwayat Bukhari dan Muslim

Apa pendapat korang tentang hadis ni, semalam mase tengah wat asimen.. aku berbual ngan kwn aku.. tetibe tercerita tentang hadis ni =)... korang fikirkanla sendiri.. korang rase korang dah jump ke orang yang korang cr?

aku? hehe =)

Ya Allah jika di benar milikku..
dekatkan hatinya dengan hatiku..
jika dia bukan milikku..
tabhkanlah hatiku dengan ketentuan Mu..

Ameen~

wallahualam

Blur..

huhu.. aku x tau nak bebel ape..
fikiran aku sgt blur.. dengan asimen yang berlambak-lambak huhu
tp nak wat cmne kan.. adatla.. name pon student =)

hmmm... raye dah nak dkat dah.. Ramadhan plak dah nak melabuhkan tirai..
rase sayu je.. yela.. bila fikirkan balik.. sepanjang Ramadhan ni.. banyak ke amalan yang aku buat?..
maksimum kah semua amalan aku?.. kdg2 aku rase rugi jugak sebab xdpt menggunakan Ramadhan dengan sebaik mungkin.. tp xpe.. same2lah kita doa.. agar masih ada lagi Ramadhan untuk kita =)

wallahualam =)

Sunday, September 21, 2008

Ayat-Ayat Cinta

p/s: hayati penulisan ini.. sangat bermakna untuk aku.. =)

INSPIRASI IPTI



Persembahan di Hotel Tropical Inn

haa ni la die kumpulan nasyid IPTI... kumpulan ni terdiri daripada 6 orang semuanya..
aku, mat yen, hasif, hafiz mungin, aswad n suhaifi... acely kump ni baru je ditubuhkan, so paduan suara takdala mantap sangat... kami juz bergantung kepada pengalaman kami bernasyid mase sekolah dulu.. so harap korg semua kenal lah kumpulan ni.. kami juz bernasyid juz untuk berhibur je di samping berdakwah.. so ni la die saluran hiburan yang betul =) harap korg dpt komen sket tentang kump ini- salam perkenalan daripada INSPIRASI



Serba putih- persembahan sempena hari guru =)

Saturday, September 20, 2008

PERMATAKU

aku slalu dengar lagu ni.. minat sangat..
slalu teringatkan someone yang betul-betul sangat bermakna dalam hidup aku..
kalo aku rase stress lagu ni la yang aku dgr...

MIRWANA-PERMATAKU

Sunyi...selubungi malam...

Mengusik minda yang terlontar jauh...

Masih hangat terasa ...

Tangan yang membelai yang mengusik manja...

Daku damba kasihmu...

Biar jadi pedoman...

Buat penyuluh jalan kugapai impian...



C/O: Angin...kau nyanyikan lagu...

Untuk permataku...tenang selalu...

Bayu...sampaikan berita...

Daku kini ceria...aman dan bahgia...

Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...

Agar kau selalu...ada disisiku...

Rindu belaian kasihmu...

Rindu senyumanmu...

Penawar lukaku...

Dengarkan laguku...hadiah untukmu...

Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...



C/O:

Bridge: Dikaulah cahaya...

Bila malam menjelma...

Kasihmu membawa ke syurga...

Dan redha yang Esa...

=)

Thursday, September 18, 2008

Baca Doa Dulu - Lawak Pak Pandir

Di suatu malam yang hening... Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang...." kata ustaz itu.

Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?".
"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.... berak-berak makan julap....muahahahahahaha!!!!!

Sesungguhnya... niat pak pandir memang suci...

Sihat Dan Cergas

GAYA HIDUP SIHAT DAN CERGAS SECARA TOTAL

Oleh Dr Yusof Abas

Sihat dan cergas adalah dua perkara yang berbeza. Sihat fizikal bermakna anda bebas darisebarang penyakit akut atau kronik, penyakit yang diketahui punca atau tidak dan juga penyakit dari genetik. Anda yang cacat anggota badan dan bebas dari sebarang penyakit sakit juga di kategorikan sebagai sihat.

Cergas pula dikaitkan dengan kemampuan anda untuk melakukan kerja harian tanpa rasa penat dan mempunyai tenaga tambahan untuk melakukan kerja yang di luar jangkaan atau di luar kebiasaan. Sebagai contoh, anda biasa pulang dari pejabat jam 5 petang dan sampai di rumah jam 6 petang atau lebih awal lagi, tetapi ada ketikanya disebabkan oleh kesesakan jalan raya, anda sampai di rumah jam 7 petang. Sekiranya anda terasa lesu, letih dan mengantuk; ini bermakna anda tidak cergas.

Untuk bebas dari sebarang penyakit ianya lebih mudah tetapi untuk lebih cergas ianya memerlukan disiplin dan perlu melakukan aktiviti fizikal. Kecergasan boleh di kategorikan kepada cergas fizikal, cergas minda dan cergas spiritual.

Ada dua perkara penting untuk mencapai dan mengekalkan kecergasan fizikal iaitu perlu aktif fizikal dan menjaga pemakanan. Ramai dari kita mampu menjaga pemakanan tetapi sukar melakukan aktiviti fizikal. Bukan budaya orang Melayu untuk ‘mengeluarkan peluh’ apa lagi bila usia makin meningkat. Mereka bersenam atau bersukan ketika zaman sekolah atau ketika zaman bujang, tetapi yang minat menonton sukan ‘hingga hujung nyawa’ pun ramai. Menonton sambil mengutuk pemain!!. Peminat sukan boleh memenuhi stadium tetapi di kawasan rekreasi lengang.

Budaya menjaga pemakanan ini membuatkan perniagaan makanan tambahan semakin berkembang. Dari produk tempatan hingga yang diimport. Namun begitu ada juga orang yang tidak kisah langsung. Mengambil makanan tambahan pun tidak, bersenam pun tidak. Rutin harian mereka mencari rezeki, makan, tidur, menonton TV dan sesekali pergi berkelah dengan anak-anak. Namun untuk bersenam jauh sekali.

Walaupun anda tidak gemuk, ini tidak bermakna anda sihat. Ramai juga di kalangan mereka yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan juga mendapat masalah tekanan darah tinggi. Malah ramai juga yang cepat ‘lembik’ walaupun mempunyai bentuk badan yang baik. Tetapi anda yang bertubuh gempal lagilah cepat ‘semput’, naik tangga ke tingkat tiga sahaja, anda sudah tercungap-cungap seperti orang sudah berlari 5km!!!.

Ramai di antara kita keliru dan kurang faham bahawa aktif fizikal bermakna mesti bersenam dan bersukan. Aktif fizikal bermaksud anda melakukan pergerakan yang tidak anda lakukan pada kerja harian anda. Tetapi untuk melakukan aktif fizikal sehingga mencapai tahap kecergasan mesti dilakukan secara berkala dan berdisiplin. Jangan dilakukan hangat-hangat tahi ayam. Contoh mudah aktif fizikal yang anda boleh lakukan di rumah ialah mencuci kereta , berkebun bagi yang ada tanah, mencuci lantai,semua ini boleh di lakukan secara minguan. Badan berpeluh, rumah pun bersih. Bagi yang kreatif lakukan aktiviti ini dengan bersenam sekali di dalam rumah seperti skipping, basikal statik , treadmill atau lain alatan senaman. ( Masalahnya alatan sukan anda sudah menjadi tempai menyidai kain baju atau sudah di letak di bawah katil). Mungkin saranan seperti di atas nampak ‘lucu’ tetapi ianya amat praktikal. Jika lucu, mengapa tidak anda keluar berjogging, berjalan cepat,senamrobik, badminton, tenis, golf, berenang atau main futsal. Lakukan secara berkala. Yang terbaik 2-3 kali seminggu. Paling tidak seminggu sekali pada setiap minggu. Tentu anda biasa dengar kempen cergas , bersenam 3 kali seminggu selama 20 minit ( ada lagu lagi).

Sejak awal tahun 90an, kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk kempen cergas, namun kita tidak cergas-cergas jugak!!!.Samalah dengan kempen TAK NAK MEROKOK, berjuta duit berkempen, tapi maklumat terkini, kempen ini gagal, ramai dari anda masih berasap mulut walau rokok makin mahal! Anak dara pun makin hilang malu merokok. Anda juga boleh melakukan aktiviti yang lebih lasak seperti mendaki, jungle treking , berkayak, kembara kereta 4 x 4 dan sebagainya . Memancing tidak termasuk aktiviti fizikal kalau sekadar duduk termenung di tepi kolam.Memancing di laut mungkin lebih cabarannya.

Bagi kaum perempuan pula aktiviti bersukan adalah sesuatu yang amat jarang dilakukan. Kalau masa bujang aktif bersukan bila telah berkahwin semua tutup buku.Jarang yang dapat terus aktif bersenam.Bersenam pun bagi mereka yang cuba menguruskan badan, itu pun bila suami anda yang boroi itu yang bising. Jika anda wanita bujang dan memiliki badan yang besar, sukar hendak saya beri komen!. Menjaga fizikal muka, kaum wanita mahir. Lihatlah di majalah dan akhbar iklan-iklan produk kosmetik, tak larat nak baca punya lah banyak, bermacam-macam jenama. Dengan iklan yang cantik di samping pembotolon yang amat menarik. Tentu ianya satu perniagaan yang maju . Kaum lelaki berkahwin pun tidak ada bezanya. Boroi sudah menjadi tren ‘kesukaan ramai’. Bukan di kalangan dewasa juga kanak-kanak montel, menurut kajian, tiga dari sepuluh kanak-kanak di Malaysia yang montel. Emak ayah borek anak rintik.

Kaedah bersenam yang terbaik ialah lakukan senaman yang anda minat dan anda ada bakat melakukannya. Berjoging tidak memerlukan bakat, cuma bagi saya bila lutut sudah mula sakit,elok pilih sukan lain. Manakala berenang satu sukan yang paling mudah , selamat dan kurang risiko cedera. Berenang tidak perlu bakat, teknik yang betul sahaja. Ramai dari kita bawa anak ke kolam renang untuk main air bukan belajar berenang. Pernahkah anda tengok mereka yang hanya ada satu kaki dan anggota jari tangan yang tidak lengkap, pantas berenang!.

Kesibukan masa bukan satu alasan, jawapannya anda hendak atau tidak, jika sibuk menjadi alasan, saya sendiri hampir setiap hari bekerja dari jam 9 pagi ke 10 malam, Sabtu dan Ahad bekerja, cuti hari Jumaat. Semangat perlu kuat dan sepatutnya semakin usia meningkat kita makin berusaha hidup lebih aktif kerana proses penuaan dan risiko mendapat penyakit semakin tinggi, orang muda yang sihat, malas bersenam pun boleh di maafkan lagi.

Bersukan boleh di mulakan semula walaupun anda sudah lama meninggalkannya, konsep ansur maju adalah penting dan konsisten. Enam bulan anda meninggalkan aktiviti fizikal bermakna tahap kecergsan anda berada di tahan minima walupun sebelumnya anda aktif. Mereka yang veteran ( usia emas) pun ada yang mampu masuk pertandingan maraton,saya juga pernah membaca artikel, ada lelaki Finland yang berusia 50 tahun baru belajar menggunakan alatan jimnasium ( angkat berat), dua tahun kemudian beliau menjadi juara bina badan peringkat veteran, persoalannya anda hendak bersenam atau banyak memberi alasan. Yang akan sihat dan cergas ialah anda, bukan orang lain. KESIHATAN ada lah aset utama kita, duit dan harta tidak memberi makna jika anda berpenyakit. Kalau sakit sendiri tidak mengapa, ini menyusahkan orang lain.

Cergas fizikal boleh diukur. Di Malaysia kita menggunakan standard UKJK.( Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ). Ia mempunyai tahan-tahap yang berbeza mengikut tahap individu. Bagi para-para ahli sukan tahap tinggi, ahli komando, mereka mempunyai standard yang berbeza. Antara komponen yang diambil kira di dalam ujian ini ialah bentuk badan (body mass index, BMI), kekuatan otot-otot, ketahanan jantung serta penafasan, kelembutan badan, kepantasan pergerakan.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah jika anda menjaga pemakanan yang baik sahaja, tidak akan membuatkan anda cergas. Dengan mengamalkan minum madu sahaja atau lain-lain pil vitamin dan berharap lebih berstamina serta cergas, ia tidak akan menjadi kenyataan. InsyaAllah anda boleh lebih bertenaga untuk jangka masa pendek tetapi tidak untuk jangka masa panjang. Kesemua komponen kecergasan seperti yang disebut di atas mesti seimbang. Dengan kata lain anda mesti dan wajib melakukan aktiviti fizikal. Ketahanan jantung adalah sangat penting untuk mendapat kecergasan maksima. Jika anda yang mengamalkan gaya hidup pasif ( sedantry life style) jantung anda amat jarang berdenyut melebihi 100 denyutan seminit, dengan kata lain jantung tidak bersenam ( jantung romantik).Apabila jantung lebih berdenyut ketika kita bersenam, ia membekal darah ke seluruh badan terutama otak di samping bekalan darah ke otot-otot jantung pun meningkat.

Tiada pilihan lain untuk mendapat tahap kecergasan dan kesihatan yang baik melainkan dengan usaha, masa, wang ringgit, konsisten, kaedah yang betul dan disiplin yang tinggi. Manakala cergas fizikal perlu di seimbangkn dengan kecergasan minda /mental. Jika ketahanan anda kurang untuk mengatasi stres dan mudah tertekan, walaupun anda memiliki kecergasan badan yang tinggi, anda akan mudah mengalami tanda lesu,letih dan tidak bermaya. Begitu juga jika kecergasan spiritual tidak seimbang , ada yang aktif bersukan sehingga luput waktu solat. Jangan kita menjadi insan yang senget sebelah. Jika ingin mencergaskan spiritual tetapi dalam masa yang sama badan mudah letih dan mengantuk, mampukah anda untuk beribadah dengan sempurna! Ini lah yang di maksudkan dengan sihat dan cergas secara total.

salam muhibbah dan salam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Hari ni genap 19 hari seluruh umat Islam berpuasa dan hari ini juga buat pertama kalinya saya mempunyai halaman blog sendiri. Blog ini disediakan cuma untuk berkongsi rasa dan pengalaman bersama pengunjung-pengunjung blog ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi segala apa ilmu yang saya ada untuk manfaat kita bersama =).