CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 4, 2011

PRAKTIKUM

assalamualaikum dan selamat sejahtera.. ok xde pe nak cite sebenanya.. mungkin ada rakan2 yang sealiran dengan saya (guru pelatih) akan menjalani praktikum di sekolah mulai 7hb ini =)
jadi untuk pengetahuan korang aku akan berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Tampoi, Johor Bahru =) jadi pasni mungkin blog ni akan bersawang semula.. kalo aku rajin nanti aku upload la k kalo2 ada dapat info2 baru kat sekolah nanti untuk dikongsi.. hmm k lah rasenye tu je nak cakap.. di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat berpraktikum dan selamat tahun baru cina kepada rakan2 yang meraikannya =) ok adios amigos

Monday, January 17, 2011

Lelaki Menangis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ok hari ni aku nak mengutarakan satu topik yang lari sedikit daripada apa yang aku tulis pada blog ni. Tulisan ini aku tujukan khas untuk semua lelaki yang mereka rasakan diri mereka adalah lelaki yang sejati. Wanita juga digalakkan untuk memberi pandangan dank omen mengenai isu ini.. ok isunya adalah MENGAPA LELAKI MENANGIS?

Bagi orang lelaki, aku nak tanya, bile kali terakhir korang menangis dan mengapa korang menangis?? Tentu pertanyaan ini amat menjengkelkan bagi sesetangah orang. ” lelaki mane boleh menangis, xmacho la kalo nangis”, ” lelaki tak boleh menangis, kalo menangis menunjukkan kelemahan lelaki”. Aku tak nafikan yang aku juga pernah berfikirn sedemikian. Tapi siapa kata lelaki tak boleh menangis??

Ok, mari kita lihat maksud menangis menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Tangis membawa maksud mencucurkan air mata dgn sedu-sedan utk melahirkan perasaan sedih (pilu dll): ~nya timbul dgn tiba-tiba;. Menurut wikipedia pula, Istilah menangis biasanya merujuk pada tindakan mengeluarkan air mata sebagai respon terhadap suasana emosi pada manusia.Tindakan menangis telah ditakrifkan sebagai "sebuah fenomena secretomotor kompleks dicirikan oleh penumpahan air mata dari aparat airmata, tanpa kerengsaan okular struktur"

Berbalik kepada isu kal ini, lelaki menangis biasanya dilabel sebagai lelaki lembik, hati tisu, hati kaca, dalam hati ada taman, tak macho, macam adik adik dan sebagainya. Ada juga segelintir kaum hawa menganggap lelaki tidak menangis kerana ego lelaki sangat tinggi, asyik lelaki je nak menang. Tapi betul ke semua tu?? Cuba fikir semula, lelaki sukar untuk mengeluarkan MUNGKIN disebabkan tanggapan tanggapan masyarakat yang mengatakan lelaki itu dan lelaki ini. Lalu keringlah air mata lelaki dan tidak satu pon yang dapat dilepaskan keluar.

Melalui pembacaan aku, ada satu kajian dari Penn State University, Amerika Syarikat, mengatakan bahawa air mata lelaki pada ketika ini adalah lebih diterima berbanding perempuan. Kajian ke atas 284 orang itu mendapati, tangisan lelaki lebih dilihat positif kerana mencerminkan kejujuran sedangkan tangisan perempuan pula dilihat sebagai hilang kawalan. Kenapa tangisan lelaki dikatakan jujur? Ini kerana, lelaki sejati hanya menangis dalam situasi yang benar-benar menyentuh hati mereka.

Fahrin Ahmad yang macho pon menangis

Lelaki yang menangis menunjukkan hatinya sangat jujur dan tangisannya adalah bukan tangisan untuk menarik perhatian atau lakonan semata mata. Sebab itulah ada orang mengatakan air mata lelaki adalah sangat mahal. Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang mana lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia. Jadi kepada kaum hawa, pernahkah ada seorang lelaki yang mencurahkan air mata nya semata mata kerana kamu?? Renungkan

Jadi kepada orang lelaki, menangislah jika anda berasa sangat sedih kerana tangisan itu adalah suara dari hati yang ingin mengatakan bahawa kamu amat mengasihi orang yang kamu tangisi itu

Mari kita menangis

Saturday, January 15, 2011

Eye Floater

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar rakan rakan semua, maaf sbb x update blog dalam beberapa minggu ni, almalumla masuk sem baru ni sibuk sikit. Ok seperti kebiasaannya hari ini aku nak meriview lagi tentang beberapa penyakit yang ada di zaman teknologi moden ni. Terima kasih kepada rakan rakan yang still sudi membaca walaupon blog ini bukan untuk tujuan hiburan. Ok kebiasaannya aku akan menceritakan tentang kecederaan atau penyakit penyakit yang menghantui atlit kita, tapi pada kali ini aku nak ceritakan sikit tentang penyakit yang juga terjadi kepada masyarakat umum.

Baru baru ini semasa dalam kuliah psikososial Pn Rashidah ada bertanya tentang mata aku sebab ungkin beliau namak aku macam kyusuk tgk whiteboard haha. Sebenarnya cermin mata aku telah pon meninggal dunia sebelm cuti akhir tahun hari tu. So sekarang elaun xdapat lagi, so xdala cermin mata baru untuk tahun baru ni. Nasib badan. Ok berbalik kepada cerita Pn Rashidah, beliau telah menceritakan penyakit yang beliau sedang hadapi ketika ini iaitu ada titik hitam pada pandangan mata beliau. Aku pon ape lagi aku terus tanya beliau tentang nama penyakit tu sebab aku rasa aku pon mengalami masalah yang sama ketika bangun dari tidur tapi malangnya beliau terlupa nama sainifik penyakit tersebut. Tapi tidak mengapa, aku buat jugak research tentang penyakit ni ( rajin pulak wat research, tajuk kajian tindakan xcari lagi ni huhu). So mungkin penyakit ini yang beliau maksudkan.

EYE FLOATER

Eye floater adalah kondisi biasa pada retina mata kita ketika "aging process" (sekitar umur 50 tahun keatas) dimana kita dapat melihat seperti wujudnya tompokan terapung (floating spot) sama ada berbentuk tompokan, garis2 lurus tatau berlengkung, berbentuk O atau C pada penglihatan kita.

Ini adalah akibat daripada perubahan yang berlaku pada kejernihan cecair Vitrous.


Sebarang keadaan yang menjejaskan kejernihan vitreous humor boleh menyebabkan simtom- simtom floaters.
Apabila usia bertambah, jeli vitreous secara semulajadi akan menjadi lebih cair dan menyebabkan terbentuknya ‘poket- poket` kecil (vitreous syneresis) yng mengandungi cecair vitrous. Ruang di antara syneresis inilah yang kelihatan sebagai floaters.

Selain itu, collagen fibre di dalam vitreous humor juga boleh menjadi tebal dan padat apabila usia bertambah dan menyebakan ia kelihatan sebagai floaters. Keadaan ini biasanya dialami oleh orang yang berusia 50 tahun ke atas.



PVD (Posterior Retinal Detachment) pula berlaku apabila struktur gelatine vitreous menjadi kecut. 50% daripada orang yang berusia 65 tahun ke atas biasanya mengalami keadaan ini.

Selain itu, sebarang keabnormalan di dalam mata juga boleh menyebabkan floaters seperti kewujudan sebarang bentuk sel di dalam vitreous, sel darah merah yg disebakan oleh pendarahan dan sel darah putih yang disebabkan oleh inflammation (keradangan)

Floater tidaklah berbahaya hanya mengganggu kosentrasi penglihatan kita, tetapi perlunya pemeriksaan doktor bagi memastikan kewujudan floaters itu tiada kaitan dengan abnormality mata lain yang boleh memudaratkan.

RAWATAN.

Kebanyakan floaters akan mengecil dan menjadi pudar dengan sendiri lama kelamaan. Floaters juga boleh berubah kedudukan menyebabkan bayangan menjadi lebih pudar. Selain itu, saraf dalam otak juga boleh menjadi ‘terbiasa’ dengan kewujudan floater dan mengabaikannya. Lama kelamaan ketidakselesaan yang berlaku disebabkan floaters akan berkurangan dan hilang.Sebenarnya , “there is no safe or proven me

thod to get rid of the eye of the eye floater symptoms” yang di sebabkan oleh PVD (Posterior Retinal Detachment) dan (vitreous syneresis). .

Walaupun terdapat sesetengah herba, vitamins dan produk yang mengandungi iodin dikatakan efektif dalam mengurangkan eye floaters, tiada satu pun yang mendapat pengesahan secara klinikal bahawa ia benar2 berkesan. Dalam sesetengah kes yang agak luarbiasa dimana eye floater adalah akibat daripada sel darah putih dalam jeli vitreous yang terjadi daripada keradangan ataupun jangkitan kuman, ubat pencegahan keradangan atau antibiotics akan mengurangkan jumlah sel darah putih tersebut.

Rawatan oral seperti mnggunakan eyemo dan lain2 tiada memberi apa2 kesan pemulihan terhadap eye floaters secara klinikal.

Rawatan secara pembedahan.

Terdapat 3 jenis rawatan yang telah diperkenalkan untuk merawati eye floaters ni. Akan tetapi tiada bukti secara klinikal yang ia benar-benar berkesan.

1. pembedahan vitrectomy
2. pembedahan laser.
3.sutureless vitrectomy.

Agak agak korang mata sapa yang cute kat atas ni haha

So kesimpulannya di sini jagalah mata korang, jangan sampai dah buta nanti baru nak menyesal huhu.. * hargailah mata anda kerana mata itu lebih berharga dari segala galanya* (sila baca ikut intonasi klan permata hijrah)


kredit to : baihaqi, pelajar fakuliti peubatan mansurah

Tuesday, December 14, 2010

Man Vs Wild Bear Grylls review

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog.. mesti korang kenal kan siapa gerangan gambar di atas ni. Ha kalo korang nak tahu, ni lah aku.. Mohd Hairy. Hensem bukan?? *baik korang cakap hensem* ugut*

Hehe ok tak nak merepek panjang. Daripada aku merepek tak tentu hala baik aku makan kerepek lagi bagus. Perut pon kenyang kan. Agak-agak korang kerepek apa yang aku suka?? Ha jawab dalam next psot k hehe. Alamak merepek lagi

Ok, terus terang aku cakap, gambar kat atas ni bukan la aku. Tapi beliau ni memang dikenali ramai di dunia. Siapa yang tengok discovery channel tahulah beliau ni siapa. Beliau dikenali melalui rancangan Man Vs Wild, dan aku adalah salah seorang daripada fan beliau. Ok jom tengok gambar dulu.

agak kejam gak gambar ni

selamber dek je Bear ni makan ikan tu, mungkin sbb tu nama beliau Bear kot

Ha amacam?? Korang berani ke buat benda yang sama macam si Bear ni buat? Kalo aku, bile keadaan dah betul betul darurat kot baru aku boleh buat huhu. *Tak do dayo den do * huhu



Ok jom tengok profil ringkas Bear. Ok nama penuh beliau Edward Michael Grylls atau lebih dkenali sebagai Bear Grylls. Tak tahu kenapa orang panggil beliau Bear, mungkin sebab beliau ni dah macam beruang kot haha. Tapi sepanjang rancangan beliau yang aku tengok, beliau palng takut kalau berhadapan dengan beruang atau berada di dalam kawasan beruang. Dilahirkan pada 7 June 1974. Bear adalah seorang British adventurer, writer dan television presenter. Kagum tak? Hanya seorag selebriti TV tapi mampu melakukan ikhtiar hidup di kawasan yang liar dan terpencil.

Sebenarnya Bear pernah mendapat latihan dalam skuad khas tentera dan beliau telah menjadi chief squad termuda ketika berumur 35 tahun. Lebih kurang macam komando la. Beliau ni mmg expert. Kalo aku masuk hutan, lalu sebelah kayu balak, aku nampak kau balak jela, tapi kalo Bear kalau beliau tengok kayu balak, beliau nampak rakit. Aku memang kagum betul dengan Bear ni.

Kalo korang nak tahu, Bear adalah orang Britain termuda yang menawan Gunung Everest. Mase tu umur Bear baru 23. Muda kan?? Korang umur 23 dapat tawan apa?? Haha. Aku umur 23, gunung berlumut pon aku tak dapat tawan lagi. Yang dah tawan gunung Kinabalu tu, tahniah untuk korang.

Mungkin korang ada yang tak tahu pasal rancangan Man Vs Wild. Ok, rancangan ni adalah sebuah rancangan yang mengajar kita tentang cra untuk ikhtiar hidup dalam hutan kalo tersesat. Memang useful betul apa yang bear baeritahu dalam rancangan ni dan aku sangat sangat kagum dengan beliau. Ok jom tengok sikit pasal cite ni

http://www.youtube.com/watch?v=X-YsSINT75c

http://www.youtube.com/watch?v=4Tdlh4zlhjY



ok sampai sini je.. amacam ada macam man vs wild tak?? @_@


Monday, December 13, 2010

Slip Disc!!! Addoooyyaaii!!



Salam kepada semua pembaca blog =) ok hari ini aku akan review sikit pasal satu lagi penyakit yang biasanya atau berisiko kepada ahli sukan. Ok, penyakit yang akan aku review hari ini adalah tentang slip disc. Ok sebelum tu jom kite tengok dulu struktur tulang belakang manusia

Tulang belakang atau vertebrae merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang anatomi manusia yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Ia merupakan susunan ketulan tulang yang membentuk tulang belakang.

Tetibe teringat tentang subjek sains mase sekolah dulu tentang haiwan vertebrae dengan invetbrae haha ( ade kene mengene ke?? Huhu layan )

Terdapat tiga puluh tiga ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, ianya termasuk lima yang bergabung bagi membentuk sacrum manakala yang lain terpisah oleh ceper intervertebra dan empat tulang koksiks yang membentuk tulang ekor. Tiga kawasan atas terdiri dari baki 24 iaitu terdiri daripada kumpulan serviks (7 vertebra), toraks (12 vertebra) dan lumbar (5 vertebra).

Ok, kat sini aku nak beri peringatan sikit. Mungkin korang tak sedar yang korang sebenarnya dah kene slip disc sekarang, sebab ada beberapa kes, pesakit baru sedar bahawa mereka telah kena slip disc sejak sembilan tahun lalu. ( apa yang aku tulis ni?? Huhu harap korang faham =) )

Menurut Pakar Bedah Ortopedik di Hospital Pusrawi, Kolonel (Bersara) Dr. Azmi Abdul Latif, dalam kebanyakan kes, tiada sebarang tanda awal dikesan, sebaliknya hanya dapat dirasai selepas beberapa tahun. Seseorang itu katanya, mungkin betul-betul tidak sedar diska mereka mempunyai masalah sehinggalah cakera mula mengalami kesakitan.

*Ha takut tak? Takut tak? Baik cakap takut huhu

Fungsi diska adalah sebagai penggalas dan penstabil tulang belakang. Jadi bagaimana slip disc ni boleh berlaku? Jawapannya, apabila diska terkeluar dari kedudukan asal atau normal dalam tulang belakang dan saraf tulang belakang, lalu menekan urat saraf berhampiran.

Mesti korang blur kan diska tu ape?? Ke macam disc yang korang burn untuk buat assigmnet tu?? Ke bentuk die macam CDR-W tu?? Ok diska ni berbentuk bulat seakan-akan sekeping cakera serta lembut macam gel. Apabila diska ni pecah, diska akan bergerak ke belakang atau terkeluar dari kedudukan asal seterusnya menekan urat saraf tulang belakang dan pinggang.

* Walaupun aku tengah menulis, rase ngilu sakit oohh

Vertebrae kita ni, dipisahkan dari satu sama lain dan dilindungi oleh cakera-cakera. Cakera-cakera mengandungi satu lapisan dalam yang lembut dan satu lapisan luar yang keras. Kalau lapisan luar koyak, lapisan dalam lembut boleh keluar kebelakang dan menekan saraf-saraf tulang belakang. Ini boleh menyebabkan kesakitan teruk dan lemah anggota kaki. Diska pecah juga dipanggil herniated, ‘terjengul’ dan ‘membonjol’.OOUCHH!!

Korang jangan ingat diska pecah ni boleh jadi kat bahagian belakang je. Diska pecah juga boleh berlaku di bahagian tulang leher, sebab tulang leher pon adalah sebahagian daripada vetebrae. So jangan memain dengan tengkuk orang selambe je korang nak karate karate. Nanti tak pasal pasal disc diorang masuk cd player lain pulak. ( ha ha tak kelakar pon T_T )

Ok, menurut pakar bedah Dr Azmi tadi, melalui artikel yang aku baca, dua penyebab diska pecah yang biasa ialah terjatuh duduk dan mengangkat barang atau benda berat dengan cara tidak betul, tidak terkecuali kesan dari kemalangan yang berlaku.

* Ha agak2 korang, korang pernah tak jatuh terduduk?? Ha cube ingat balik?? Dah mula takut kan??


Diska pecah juga boleh disebabkan hakisan ekoran proses penuaan yang berlaku. Masalah diska pecah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengenal usia atau jantina. Di kalangan mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun, diska pecah dianggap gangguan yang biasa berlaku. Bagaimanapun ia boleh berlaku kepada mereka yang masih muda, juga kanak-kanak.

Golongan lelaki lebih mudah terdedah mengalami masalah tersebut berbanding wanita. Ok orang lelaki sila risau sekarang.

Kalo korang rase korang ada sakit belakang, baik terus jumpa doktor yang pakar dalam hal ni. Jangan biarkan sakit berlarutan. Korang juga tak digalakkan untuk pergi berurut. Mungkin ada orang yang percaya bahawa kaedah urut boleh menghilangkan sakit. Tapi bagi aku berjumpa doktor adalah langkah terbaik untuk mengesan gejala ni.

Sebab apa aku cakap camtu, sebab bile pergi hospital jumpa doktor, korang boleh buat MRI, buat imbasan utnuk lihat keadaan tulang belakang korang dan korang akan mendapat rawatan yang sesuai kat sana.

So kat bawah ni adalah sedikit ringkasan tentang penyakit ni.

Punca utama :

- Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.

- Melompat dari tempat yang tinggi.

- Terbabit dalam kemalangan jalan raya.

- Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.

Gejala :

- Sakit bahagian belakang pinggang.

- Sengal dan kebas punggung dan kaki.

- Lemah kaki.

- Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.

- Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Cara mengurangkan sakit belakang :

- Berehat. Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

- Mandi air suam. Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

- Menggunakan tilam yang sesuai. Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

- Ambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

- Relaks. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

- Gunakan kusyen. Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

- Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

- Mengangkat barang dengan cara yang betul. Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

- Kawal berat badan. Pastikan berat badan seimbang.

So harap info di atas dapat membantu korang dalam mengamalkan gaya hidup sihat =)

kt to: Roslah Othman - Utusan Melayu

Friday, December 10, 2010

HALA TUJU?


salam sejahtera.. terima kasih kepada anda yang masih mengikuti perkembangan blog ini.. dah lama x mengupdate blog.. ku sebenarnya sedang mencari cari hala tuju blog ini sejak ianya dibina.. mungkin ramai yang tidak tahu hala tuju blog cetusan inspirasi ini ditubuhkan..

pada awalnya blog ini ditubuhkan untuk berkongsi beberapa maklumat dengan mereka yang bergelar student / mahasiswa seperti ku, mungkin seperti maklumat assigmnet, info info berkenaan dengan subjek subjek yang ku ambil ketika ini.. tetapi lama kelamaan kandungan blog ini mungkin telah jauh menyimpang dengan hala tuju awalnya. oleh sebab itu ku telah berehat untuk jangka masa yang lama untuk menetapkan hala tuju baru blog ini.

mungkin lewat ini blog ku lebih menjurus kepada maklumat maklumat tentang sains sukan. mungkin kerana ianya lebih menjiwai diri ku. walaubagaimanapun ku masih belum menetapkan lagi hala tuju blog ini. di harapkan teman teman secetusan dapat memberikan idea tentang hala tuju blog ini. sekian, terima kasih =)

Thursday, December 9, 2010

Kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament)

KECEDERAAN ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan. Mekanismenya adalah berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba.

Dengan adanya penekanan kepada sukan dan aktiviti lasak atau ekstrem, terdapat peningkatan dalam insiden kecederaan yang berkait rapat dengan sukan, baik bagi pemain profesional mahupun yang bermain secara sosial.

Secara ringkasnya ligamen ACL adalah ligamen yang terletak di tengah-tengah sendi lutut dan ianya berfungsi sebagai penstabil statik untuk mengelakkan translasi sendi dan rotasi (pusingan) yang berlebihan.

Kecederaan berlaku kerana sewaktu ‘mendarat’ selepas melompat, kaki melekat di atas tanah dan lutut berpusing atau ‘rotate’ secara berlebihan menyebabkan ACL anda terkoyak.

Zaquan Adha mengalami kecederaan ACL baru baru ini

Koyakan ACL menghasilkan bunyi letupan ‘pop’. Lutut akan bengkak pada kebanyakan kes dan selalunya pesakit tidak dapat meneruskan aktiviti yang dijalankannya. Lazimnya imbasan sinar-X akan dilakukan untuk menentukan tiada kecederaan pada tulang.

Untuk kecederaan ACL pula, selalunya imbasan sinar-X lutut kelihatan normal dan kesan koyakan ACL adalah lebih jelas dilihat melalui pemeriksaan khusus seperti imbasan MRI (magnetic resonance imaging).

Selain MRI, perlu juga dipastikan tiada kecederaan lain seperti kecederaan kepada meniskus berlaku di dalam sendi lutut.

Ligamen ini (ACL) tiada potensi untuk pulih sendiri tanpa pembedahan di atas sebab-sebab tertentu, iaitu kedudukannya di dalam lutut yang mempunyai cecair synovial, jarak koyakan dan bentuk ligamen selepas terkoyak menyukarkannya untuk sembuh secara semula jadi.

Dalam sukan bola sepak, pergerakan ‘cutting’ juga tidak boleh dilakukan bagi seseorang yang mengalami kecederaan ligamen ACL.

Dalam jangka masa panjang, sendi lutut yang tidak stabil bakal merosakkan struktur rawan dan akan menjalani degenerasi (kemerosotan) lebih pantas lagi berbanding lutut yang normal.

Oleh itu, keadaan sendi lutut yang tidak stabil akan kekal sehinggalah pembedahan dilakukan ke atas ligamen ACL iaitu pembedahan rekonstruksi ACL secara Artroskopi (minimal invasive) menggunakan tendon di sekitar lutut seperti hamstrings atau bone-patella-bone tendon, tanpa mengganggu mekanik sendi lutut sekiranya digunakan.

Pembedahan rekonstruksi ACL amat disarankan jika ingin aktif bersukan semula dan bagi jangka masa panjang, pembedahan ini akan menstabilkan semula sendi lutut anda dan proses degenerasi atau kerosakan (penuaan) sendi lutut tidak akan dipercepatkan.

Jangkaan masa untuk kembali bersukan sepenuhnya secara normal adalah hanya enam bulan selepas pembedahan dan hanya selepas tiga bulan untuk membolehkan anda menjalankan latihan joging.

Jangka masa ini juga bergantung kepada tahap anda melakukan rehabilitasi dan fisioterapi mengikut saranan pakar ortopedik anda.

Rawatan

* Peringkat awal: Bagi pemain yang disyaki mengalami kecederaan ACL, hendaklah dikeluarkan segera dari permainan dan tuaman ais digunakan ke atas lutut yang cedera dan bahagian kaki ditinggikan untuk mengurangkan bengkak yang berterusan.

Balutan sementara boleh digunakan dan tidak terlalu ketat dan anduh atau tongkat boleh digunakan bagi memudahkan pesakit berjalan semula.

Sekiranya bengkak keterlaluan, pembedahan kecil mengeluarkan cecair/darah dari lutut adalah perlu untuk mengurangkan kesakitan dan kerosakan berterusan kepada lutut berkenaan, selain memperbaiki pergerakan lutut.

* Peringkat pertengahan: Penggunaan ais boleh diteruskan dalam sela masa yang sesuai dan pendakap lutut boleh digunakan bagi memberikan kestabilan sementara kepada lutut. Penggunaan ais dan pendakap adalah sekurang-kurangnya selama enam minggu.

Dalam masa yang sama otot-otot paha hendaklah dikuatkan melalui fisioterapi dan julat pergerakan lutut diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan pada lutut.

* Peringkat lanjutan: Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL secara artroskopik menggunakan ligamen autocantuman/autograft (Arthroscopic ACL Reconstruction). Pembedahan ini lazimnya akan memakan masa satu hingga satu setengah jam melibatkan rekonstruksi atau pembinaan semula gantian kepada ACL menggunakan ligamen autograft atau ligamen lain sekitar lutut pesakit.

Ligamen-ligamen yang paling lazim digunakan adalah ligamen patela (tempurung lutut) bersama-sama tulang atau ligamen hamstring (otot belakang paha) tanpa tulang. Rekonstruksi boleh dilakukan secara satu urat atau dua urat dan kesesuaiannya adalah bergantung kepada tahap kecederaan pesakit dan faktor-faktor tertentu.