CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 13, 2010

Slip Disc!!! Addoooyyaaii!!



Salam kepada semua pembaca blog =) ok hari ini aku akan review sikit pasal satu lagi penyakit yang biasanya atau berisiko kepada ahli sukan. Ok, penyakit yang akan aku review hari ini adalah tentang slip disc. Ok sebelum tu jom kite tengok dulu struktur tulang belakang manusia

Tulang belakang atau vertebrae merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang anatomi manusia yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Ia merupakan susunan ketulan tulang yang membentuk tulang belakang.

Tetibe teringat tentang subjek sains mase sekolah dulu tentang haiwan vertebrae dengan invetbrae haha ( ade kene mengene ke?? Huhu layan )

Terdapat tiga puluh tiga ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, ianya termasuk lima yang bergabung bagi membentuk sacrum manakala yang lain terpisah oleh ceper intervertebra dan empat tulang koksiks yang membentuk tulang ekor. Tiga kawasan atas terdiri dari baki 24 iaitu terdiri daripada kumpulan serviks (7 vertebra), toraks (12 vertebra) dan lumbar (5 vertebra).

Ok, kat sini aku nak beri peringatan sikit. Mungkin korang tak sedar yang korang sebenarnya dah kene slip disc sekarang, sebab ada beberapa kes, pesakit baru sedar bahawa mereka telah kena slip disc sejak sembilan tahun lalu. ( apa yang aku tulis ni?? Huhu harap korang faham =) )

Menurut Pakar Bedah Ortopedik di Hospital Pusrawi, Kolonel (Bersara) Dr. Azmi Abdul Latif, dalam kebanyakan kes, tiada sebarang tanda awal dikesan, sebaliknya hanya dapat dirasai selepas beberapa tahun. Seseorang itu katanya, mungkin betul-betul tidak sedar diska mereka mempunyai masalah sehinggalah cakera mula mengalami kesakitan.

*Ha takut tak? Takut tak? Baik cakap takut huhu

Fungsi diska adalah sebagai penggalas dan penstabil tulang belakang. Jadi bagaimana slip disc ni boleh berlaku? Jawapannya, apabila diska terkeluar dari kedudukan asal atau normal dalam tulang belakang dan saraf tulang belakang, lalu menekan urat saraf berhampiran.

Mesti korang blur kan diska tu ape?? Ke macam disc yang korang burn untuk buat assigmnet tu?? Ke bentuk die macam CDR-W tu?? Ok diska ni berbentuk bulat seakan-akan sekeping cakera serta lembut macam gel. Apabila diska ni pecah, diska akan bergerak ke belakang atau terkeluar dari kedudukan asal seterusnya menekan urat saraf tulang belakang dan pinggang.

* Walaupun aku tengah menulis, rase ngilu sakit oohh

Vertebrae kita ni, dipisahkan dari satu sama lain dan dilindungi oleh cakera-cakera. Cakera-cakera mengandungi satu lapisan dalam yang lembut dan satu lapisan luar yang keras. Kalau lapisan luar koyak, lapisan dalam lembut boleh keluar kebelakang dan menekan saraf-saraf tulang belakang. Ini boleh menyebabkan kesakitan teruk dan lemah anggota kaki. Diska pecah juga dipanggil herniated, ‘terjengul’ dan ‘membonjol’.OOUCHH!!

Korang jangan ingat diska pecah ni boleh jadi kat bahagian belakang je. Diska pecah juga boleh berlaku di bahagian tulang leher, sebab tulang leher pon adalah sebahagian daripada vetebrae. So jangan memain dengan tengkuk orang selambe je korang nak karate karate. Nanti tak pasal pasal disc diorang masuk cd player lain pulak. ( ha ha tak kelakar pon T_T )

Ok, menurut pakar bedah Dr Azmi tadi, melalui artikel yang aku baca, dua penyebab diska pecah yang biasa ialah terjatuh duduk dan mengangkat barang atau benda berat dengan cara tidak betul, tidak terkecuali kesan dari kemalangan yang berlaku.

* Ha agak2 korang, korang pernah tak jatuh terduduk?? Ha cube ingat balik?? Dah mula takut kan??


Diska pecah juga boleh disebabkan hakisan ekoran proses penuaan yang berlaku. Masalah diska pecah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengenal usia atau jantina. Di kalangan mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun, diska pecah dianggap gangguan yang biasa berlaku. Bagaimanapun ia boleh berlaku kepada mereka yang masih muda, juga kanak-kanak.

Golongan lelaki lebih mudah terdedah mengalami masalah tersebut berbanding wanita. Ok orang lelaki sila risau sekarang.

Kalo korang rase korang ada sakit belakang, baik terus jumpa doktor yang pakar dalam hal ni. Jangan biarkan sakit berlarutan. Korang juga tak digalakkan untuk pergi berurut. Mungkin ada orang yang percaya bahawa kaedah urut boleh menghilangkan sakit. Tapi bagi aku berjumpa doktor adalah langkah terbaik untuk mengesan gejala ni.

Sebab apa aku cakap camtu, sebab bile pergi hospital jumpa doktor, korang boleh buat MRI, buat imbasan utnuk lihat keadaan tulang belakang korang dan korang akan mendapat rawatan yang sesuai kat sana.

So kat bawah ni adalah sedikit ringkasan tentang penyakit ni.

Punca utama :

- Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.

- Melompat dari tempat yang tinggi.

- Terbabit dalam kemalangan jalan raya.

- Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.

Gejala :

- Sakit bahagian belakang pinggang.

- Sengal dan kebas punggung dan kaki.

- Lemah kaki.

- Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.

- Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Cara mengurangkan sakit belakang :

- Berehat. Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

- Mandi air suam. Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang. Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

- Menggunakan tilam yang sesuai. Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.

- Ambil ubat penahan sakit. Ubat penahan sakit boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

- Relaks. Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

- Gunakan kusyen. Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

- Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

- Mengangkat barang dengan cara yang betul. Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

- Kawal berat badan. Pastikan berat badan seimbang.

So harap info di atas dapat membantu korang dalam mengamalkan gaya hidup sihat =)

kt to: Roslah Othman - Utusan Melayu

3 cetusan pandangan:

mohd hairy said...

terima kasih armouris =)

Nor&Lee SweetMemories said...

mohon share info tentang sakit tulang belakan atau slip disc di blog saya untul kekanda saya. tq..

Ana @ Farhana said...

mohon share yea..