CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 9, 2010

Kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament)

KECEDERAAN ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan. Mekanismenya adalah berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba.

Dengan adanya penekanan kepada sukan dan aktiviti lasak atau ekstrem, terdapat peningkatan dalam insiden kecederaan yang berkait rapat dengan sukan, baik bagi pemain profesional mahupun yang bermain secara sosial.

Secara ringkasnya ligamen ACL adalah ligamen yang terletak di tengah-tengah sendi lutut dan ianya berfungsi sebagai penstabil statik untuk mengelakkan translasi sendi dan rotasi (pusingan) yang berlebihan.

Kecederaan berlaku kerana sewaktu ‘mendarat’ selepas melompat, kaki melekat di atas tanah dan lutut berpusing atau ‘rotate’ secara berlebihan menyebabkan ACL anda terkoyak.

Zaquan Adha mengalami kecederaan ACL baru baru ini

Koyakan ACL menghasilkan bunyi letupan ‘pop’. Lutut akan bengkak pada kebanyakan kes dan selalunya pesakit tidak dapat meneruskan aktiviti yang dijalankannya. Lazimnya imbasan sinar-X akan dilakukan untuk menentukan tiada kecederaan pada tulang.

Untuk kecederaan ACL pula, selalunya imbasan sinar-X lutut kelihatan normal dan kesan koyakan ACL adalah lebih jelas dilihat melalui pemeriksaan khusus seperti imbasan MRI (magnetic resonance imaging).

Selain MRI, perlu juga dipastikan tiada kecederaan lain seperti kecederaan kepada meniskus berlaku di dalam sendi lutut.

Ligamen ini (ACL) tiada potensi untuk pulih sendiri tanpa pembedahan di atas sebab-sebab tertentu, iaitu kedudukannya di dalam lutut yang mempunyai cecair synovial, jarak koyakan dan bentuk ligamen selepas terkoyak menyukarkannya untuk sembuh secara semula jadi.

Dalam sukan bola sepak, pergerakan ‘cutting’ juga tidak boleh dilakukan bagi seseorang yang mengalami kecederaan ligamen ACL.

Dalam jangka masa panjang, sendi lutut yang tidak stabil bakal merosakkan struktur rawan dan akan menjalani degenerasi (kemerosotan) lebih pantas lagi berbanding lutut yang normal.

Oleh itu, keadaan sendi lutut yang tidak stabil akan kekal sehinggalah pembedahan dilakukan ke atas ligamen ACL iaitu pembedahan rekonstruksi ACL secara Artroskopi (minimal invasive) menggunakan tendon di sekitar lutut seperti hamstrings atau bone-patella-bone tendon, tanpa mengganggu mekanik sendi lutut sekiranya digunakan.

Pembedahan rekonstruksi ACL amat disarankan jika ingin aktif bersukan semula dan bagi jangka masa panjang, pembedahan ini akan menstabilkan semula sendi lutut anda dan proses degenerasi atau kerosakan (penuaan) sendi lutut tidak akan dipercepatkan.

Jangkaan masa untuk kembali bersukan sepenuhnya secara normal adalah hanya enam bulan selepas pembedahan dan hanya selepas tiga bulan untuk membolehkan anda menjalankan latihan joging.

Jangka masa ini juga bergantung kepada tahap anda melakukan rehabilitasi dan fisioterapi mengikut saranan pakar ortopedik anda.

Rawatan

* Peringkat awal: Bagi pemain yang disyaki mengalami kecederaan ACL, hendaklah dikeluarkan segera dari permainan dan tuaman ais digunakan ke atas lutut yang cedera dan bahagian kaki ditinggikan untuk mengurangkan bengkak yang berterusan.

Balutan sementara boleh digunakan dan tidak terlalu ketat dan anduh atau tongkat boleh digunakan bagi memudahkan pesakit berjalan semula.

Sekiranya bengkak keterlaluan, pembedahan kecil mengeluarkan cecair/darah dari lutut adalah perlu untuk mengurangkan kesakitan dan kerosakan berterusan kepada lutut berkenaan, selain memperbaiki pergerakan lutut.

* Peringkat pertengahan: Penggunaan ais boleh diteruskan dalam sela masa yang sesuai dan pendakap lutut boleh digunakan bagi memberikan kestabilan sementara kepada lutut. Penggunaan ais dan pendakap adalah sekurang-kurangnya selama enam minggu.

Dalam masa yang sama otot-otot paha hendaklah dikuatkan melalui fisioterapi dan julat pergerakan lutut diperbaiki untuk mengelakkan ketegangan pada lutut.

* Peringkat lanjutan: Pembedahan rekonstruksi ligamen ACL secara artroskopik menggunakan ligamen autocantuman/autograft (Arthroscopic ACL Reconstruction). Pembedahan ini lazimnya akan memakan masa satu hingga satu setengah jam melibatkan rekonstruksi atau pembinaan semula gantian kepada ACL menggunakan ligamen autograft atau ligamen lain sekitar lutut pesakit.

Ligamen-ligamen yang paling lazim digunakan adalah ligamen patela (tempurung lutut) bersama-sama tulang atau ligamen hamstring (otot belakang paha) tanpa tulang. Rekonstruksi boleh dilakukan secara satu urat atau dua urat dan kesesuaiannya adalah bergantung kepada tahap kecederaan pesakit dan faktor-faktor tertentu.

7 cetusan pandangan:

TunTeja said...

Amboiiii...mentang2 laaa cikgu pj.
apepun.kena baca post ni 2,3 kali dulu.sebab sekali baca pi minum air.sekali baca lupa yang atas.
but.very informative uncle!!

senang2 jom singgah
http://dyatunteja.blogspot.com/

mohd hairy said...

haha thanx ye mak yah sbb sudi bace post uncle.. ingatkan dah xda orang nak baca dah huhu.. dah lama x berblog sebenanya.. ok nanti uncle singgah k =)

hakim said...

selepas pembedahan, jangka masa untuk berjalan tanpa tongkat brp lama? untuk drive pula ambil masa brp lama bila baru bedah? saya ada masalah ni tapi tak bedah lagi. doctor dah sarankan. tapi sebab still study

Afif Azmi said...

kos nya agak mahal untuk melakukan pembedahan,sy sudah 5tahun merana kerana kecerderaan ACL ini..:(

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

saya kena buat balik operation ACL ni tp kali ni menggunakan hamstring.. kerana kesilapan doktor.. :(

Unknown said...

Lutut sy membengkak di tmpt ACL, slpas 6bulan operation... Kaki sy rase dh mcm Bru Lpas operation.. Lemah,,

Unknown said...

Lutut sy membengkak di tmpt ACL, slpas 6bulan operation... Kaki sy rase dh mcm Bru Lpas operation.. Lemah,,